Assalamualaikum.
perhatian kepada semua rakyat Malaysia. kalau ada siapa-siapa yang baca blog aku nih, aku harap kau luangkan masa sekejap. ceyceycey
aku cuma nak beritahu apa yang aku rasa sebagai rakyat Malaysia.
aku tak nak negara aku kucar kacir. :(
aku sedih bila baca blog, tengok dalam surat khabar pasal perhimpunan bersih nih. tengok semua-semua gambar.
aku faham kenapa tujuan perhimpunan bersih nih. aku faham.
dan aku faham tak bermakna aku setuju.
tak bermakna aku tak setuju dengan bersih, aku sokong kerajaan.
melihat pada situasi sekarang, aku rasa pilihanraya akan datang besar kemungkinan, kerajaan sedia ada sekarang mungkin akan tumbang.
dan aku tak pasti bagaimana dengan nasib Malaysia sekiranya ditadbir oleh pihak pembangkang.
aku tak pasti dan aku tak tahu.
dan aku tak pasti juga kalau kerajaan sedia ada masih lagi berkuasa,
adakah pelbagai perkara seperti yang dituntut oleh rakyat akan dilaksanakan?
aku tak pasti.
yang aku tahu, apa yang aku mahu sekarang.
tukarlah para pemimpin daripada kedua-dua belah pihak parti.
aku mahu semua pemimpin ditukar,
aku mahu orang baru, muka baru,
mereka yang bebas dari rasuah, politik wang, bagi fatwa mengarut, video seks, cakap tak serupa bikin
aku mahu para pemimpin yang bukan saja tahu pungpangpungpang aja.
aku nak mereka buat jugak seperti yang mereka katakan.
dan, bila semua pemimpin dah ditukar,
aku nak masing-masing
buktikan betapa mereka ikhlas untuk menjadi pemimpin.
dan bila mereka sudah buktikan mereka ini sangat bernilai untuk dijadikan pemimpin.
barulah aku akan sokong mereka semua,
tak kisah lah parti biru, parti hijau, parti merah.
apa-apa sahaja lah.
sekian.
No comments:
Post a Comment