Thursday 10 November 2011

short update

assalaamualaikum..
Alhamdulillah.. terbukak jugak hati aku nak update blog ni..
Haha.. macam lah ade orang baca kan.
Hurmm.. rite now tengah cuti mid sem.. hari ni da hari khamis.. bila dah last2 nak habis cuti tu la baru dapat mood nak study.. hampeh betul..
Tapi takpe lah kan.. at least study jugak dari tk study langsung kan..
Ok lahh..
Malas nak bebel panjang2..
Aku nak sambung study..
Tadaaaa blog =D

Tuesday 30 August 2011

hari raya bagi aku,

Assalamualaikum.


  • selamat hari raya semua. maaf kalau siapa-siapa pernah terbaca tulisan-tulisan aku ni dan terguris hati ke. minta maaf banyak-banyak tau.
  • raya aku tahun ni, biasa je. kat belah pantai timur, belah tu jugak laa since aku kecik sampailah da besar macam sekarang.
  • kalau orang tanya aku camne raya, jawapan klise, "biasa-biasa je".
  • tapi jawapan dari hati, "hambar."
  • time kecil-kecil dulu, memang raya nih meriah lah bagi aku. seronok je main bunga api, tengok kazen lelaki aku main mercun.
  • tapi sekarang takda. dah takde mende semua tuh.
  • tiap-tiap malam raya kena tidur kat rumah situ. haihh. sedih betul. da la takde orang langsung.
  • suasana pun rasa hambar gila tau. 
  • aku memang menyampah sikit lah kalau tengok drama raya yang bila malam raya semua sibuk buat persiapan.
  • siap ada pasang lagu lagi tu.
  • tapi aku tak pernah rasa semua tuh.
  • bila tengok gambar raya kat facebook member-member lain, jeles sangat-sangat.
  • one big happy family tuh.
  • ramai je.
  • meriah je.
  • tapi aku?
  • alahai. sedih betul.
  • sampai satu tahap aku rasa, kalau raya dengan member sendiri lagi best.
  • lagi rasa meriah dia.
  • sebab aku rasa member akulah yang paling faham aku berbanding family aku sendiri.
  • sobs.
  • dah lah. makin lama taip entry nih, makin sedih pulak.
  • nanti aku kawin, aku nak kawin dengan lelaki yang dari family besar-besar.
  • aku taknak anak aku jadi macam aku.

Wednesday 24 August 2011

Lelaki Vs Perempuan

Assalamualaikum.

Source: klik here

kita selalu dengar ungkapan " lelaki itu sembilan akal satu nafsu dan perempuan itu sembilan nafsu satu akal " . dan mostly orang ramai, pemahaman mereka terhadap ungkapan ini ialah nafsu itu lebih kepada seperti nafsu makan, tidur, seks, dan sebagainya. ada pulak aku baca kat satu blog ni, dia menggunakan ungkapan ini dengan menyatakan satu nafsu lelaki itulah ialah nafsu seks dan sembilan akal lagi ditugaskan untuk menjaga nafsu tersebut. errrrr. serius aku tak setuju dengan so-called 'penerangan' dia tu. 

dalam buku Aku Terima Nikahnya, sebuah buku motivasi karya Ustaz Hasrizal, beliau ada menerangkan ungkapan itu dengan mengolah semula  ayat tersebut dengan menggunakan ayat baru,setelah beliau habis membaca buku Mens From Mars Women From Venus (kalau salah tulis, maaf). dan... aku rasa, kalau ramai orang guna ayat ini, baru betul pemahaman mereka kan. 

" lelaki itu sembilan logik satu emosi dan perempuan itu sembilan emosi satu logik "

see? aku rasa, berdasarkan ayat tu pun, aku da boleh faham betul-betul apa sebenarnya maksud akal, nafsu apa semua itu. 

bila aku baca sebutir-sebutir penerangan ustaz hasrizal ni, barulah aku faham tentang aspek pemikiran lelaki dan perempuan. kenapa macam tu, kenapa macam ni. kenapa lelaki kurang emosi, kenapa perempuan selalu terlebih emosi, kenapa perempuan lebih sensitif, kenapa lelaki selalu kering perasaan dorang tu.so, senang cerita, perbezaan pemikiran lelaki dan perempuan ni, membawa kepada keseimbangan dalam pemikiran manusia. tak gitu? 

nak terang panjang-panjang pun susah. aku risau aku tersalah terang dan orang faham lain pulak. hehe. ok lah, senang cerita, kita bagi contoh situasi. maybe dengan cara ni, sape-sape yang baca boleh faham lah apa yang aku nak sampaikan.

situasi 1:
minah sedang ber bbm dengan pakwenya, mamat.

minah : sygg, nak tau tak, tadikan, roommate i, siti.. u kenal kan?
mamat: kenal.. nape?
minah: huh! siti tu kan, dia pakai selipar toilet i, tak bagi tau i pun. haishh. geramnya i. da la i baru beli, tak              sempat nak pakai pun.. dia dah pandai-pandai nak rasmikan. sakit hati i tau takkkkkk.
mamat: ouhhh. yeke. asal jadi camtu plak?
minah: yelaaa. lepas i beli selipar tu, i letak la kat luarkan. konon nak pakailah nak pergi mandi jap lagi. lps tu, tadi nk pi mandi, tup tup selipar tu da lesap. i tunggu punya tunggu nak tengok siapa pakai selipar i, last-last siti rupenye. haishhhhh. 
mamat: lahh. buat brok je la. dia kan pinjam je selipar u, bukan dia curi pun kan.
minah: eiii. memang lah dia pinjam je selipar i tu, at least, tanyalah dulu.. mintak lah kebenaran dari i dulu ke... selipar baru tu tau.. i beli kat tropicana life kot. 
mamat: dah tu, yang u nak berkira sangat ni apsal? is not big deal lahh. selipar je kot kan.
minah: memang lah selipar je kan. eiii. u ni. tak faham-faham lagi ke? kan da cakap tu barang i, at least.. kalau i beli baru pun, bila siti cakap nak pinjam. takde la i nak geram-geram macam ni.
mamat: cehhh u ni. berkira sangat. benda kecik je kot.
minah : yela...  FINE!

haaa. pernah tak korang ade conversation dengan insan bergelar lelaki, tapi at the end, mesti akan jadi camni? aku pernah. serius aku geram kot dengan dia. haha. 
okeh-okeh, mari kita ulas pasal dialog di atas. kalau korang perempuan, memang korang akan fahamlah perasaan minah tu kan. kalau korang lelaki, korang mesti akan setuju dengan mamat. memang benda-benda macam ni bagi lelaki, remeh sangat-sangat. sebab bagi dorang, banyak lagi perkara serius untuk difikirkan. eheh.

okeh lah. kan perempuan itu sembilan emosi. benda-benda macam ni, memang selalu kebanyakan perempuan ambil serius. bagi lelaki, tu benda kecil, tapi bagi perempuan.. mak aihh. kepala hotak kau benda kecil! hehe. kalau sesama perempuan dorang panggil nama pelik-pelik pun, even dorang tak tunjuk depan-depan, mesti jauh di sudut hati dorang, ada juga rasa terkecil hati tu. maksud aku nama pelik tu, macam kau panggil dia gemuk ke, bulat ke, muka bulan ke, pendek ke.as long as, maksud dia tak best lah. cuba tengok lelaki, nama gelaran dorang mesti pelik-pelik kan. dah la pelik, ada jugak nama panggilan yang kurang sopan, tapi aku tengok orang yang kena panggil tu, rilek je. siap buat nama kat facebook lagi kot.

disebabkan sembilan emosi itulah, perempuan yang bergelar ibu, mampu untuk menyayangi anak-anaknya tanpa rasa jemu, menjaga mereka dengan penuh kasih, sentiasa ada di sisi anak-anaknya, sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagian keluarganya. dan disebabkan sembilan emosi inilah, perempuan sangat mudah untuk menitiskan air mata. sebab mereka mempunyai hati yang sangat sensitif. aku mengaku, kalau aku tengok gambar orang menangis dalam surat khabar sebab hilang orang yang mereka sayang pun, dah boleh buat mata aku berair. tengok gambar suami peluk bag tangan peninggalan arwah isteri dia pun aku dah rasa sedih sangat-sangat. tengok rancangan realiti tv pun, bila semua audiens bangun tepuk tangan sebab orang yang menyanyi tu gila power suara dia punnn dah boleh juga buat mata aku berair.okeh. sangat lame. hehe.

tapi.. tak bermakna lelaki ni sikit sangat emosi sampai tak boleh menangiskan. bukan macam tu heh. ada sebab kenapa lelaki ni sembilan logik dan satu emosi. kan seorang lelaki itu menggalas beban yang sangat besar.bila dia kahwin, dia kena jaga isteri dia. bila dia dah anak, dia kena jaga anak bini dia. so, tu merupakan satu tanggungjawab yang sangatt besarr. kita ambil contoh, andai kata keadaan ekonomi keluarga dia tengah tak berapa nak bagus, mesti si lelaki ni gigih nak cari duit untuk tambah sumber pendapatan dia kan. dan, mestilah lelaki tu dalam keadaan tertekan sebab nak cari duit extra. so.. andai cubalah korang bayang kalau lelaki ni ada sembilan emosi, balik rumah lepas kerja dalam keadaan penatnya, tengok-tengok rumah bersepah, baju bersih tak lipat lagi, anak pulak tak henti-henti melalak, bini pulak tak habis-habis minta duit dari suami sebab nak beli rantai emas, aku rasa, tak sampai 10 minit dia duduk dalam rumah tu, ada jugak bini dia kena carai talak tiga. T.T

dan.. tu juga antara sebab kenapa talak nih, lelaki yang pegang. sebab mereka sangat rasional. yela, tak kan la sebab bini lupa nak letak garam dalam kari, dia senang-senang nak lafaz ceraikan. sama juga dengan perempuan. kalau talak tu perempuan yang pegang, ramai juga lelaki ni yang jadi duda kang. lupa buang sampah sikit, ugut cerai. lupa beli pampers anak sikit, ugut cerai. tak boleh lah macam tu kan. habislah porak peranda keluarga kalau macam tuh. kesian lah lelaki sebab ramai jadi duda. hehehe.


source: Google

kesimpulannya, lelaki dan perempuan ni.. saling melengkapi antara satu sama lain. sebab tu lah, macam aku cakap tadi.. keseimbangan dalam pemikiran. kalau lelaki dan perempuan semua sama je corak pemikiran dorang, tak boleh lah macam tu kan. aku pun tak terbayang kalau betul jadi camtu.
dan. seseorang pernah cakap kat aku.. lelaki untuk difahami bukan untuk disayangi, dan perempuan untuk disayangi bukan difahami.

tapi, kalau korang pegang pada frasa lelaki itu sembilan logik satu emosi dan perempuan itu sembilan emosi satu logik, aku rasa kita boleh buat dua-dua. memahami dan menyayangi pada masa yang sama. kan.


p/s: selamat berpuasa!


Sunday 21 August 2011

entry yang membuka mata

Assalamualaikum.

aku memang fan kak maria elena.
aku selalu baca blog dia.
aku suka tengok dia dengan geng the scarflets pakai cantik-cantik.
dan sometimes, aku pun teringin juga nak jadi macam dorang.
tapi bila aku fikir betul-betul, muhasabah diri, kenapa aku nak fashionista bagai macam tu kan.
nak cari perhatian siapa? lelaki bukan muhrim?
dah berapa banyaklah dosa aku dapat setiap kali mata lelaki memandang aku kan. T.T
entry kak maria yang latest ni, memang betul-betul membuka mata.
like seriously, apa yang aku fikir, macam tu lah yang kak maria cerita.
really nice entry actually.
mampu membetulkan niat kita untuk berhijab.
dan..
so far..
alhamdulillah, walau ada terbit keinginan nak pakai macam tu,
macam hana tajima ke apa, at the end,
aku bole pakai stail sendiri jugak.
which is cover my neck and dada area.


p/s: nak baca lebih,, tekan sini. 

Monday 15 August 2011

Talking To The Moon

Assalamualaikum.

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

At night when the stars light up my room
I sit by my self

Talking to the moon
trying to get to you
in hopes you're on the other side
talking to me too
or am I a fool
who sits alone
talking to the moon

i'm feeling like i'm famous
the talk of the town
they say i've gone mad
i've gone mad
but they don't know what i know

cause when the sun goes down
someone's talking back
yeah, they're talking back


At night when the stars light up my room
I sit by my self

Talking to the moon
trying to get to you
in hopes you're on the other side
talking to me too
or am I a fool
who sits alone
talking to the moon

do you ever hear me calling?
cause every night
i'm talking to the moon
still trying to get to you

in hopes you're on the other side
talking to me too
or am i a fool
who sits alone
talking to the moon

i know you're somewhere out there
somewhere far away




p/s : i really love this song. its awesome! :D


Tuesday 2 August 2011

Anda couple?

Assalamualaikum.

Macam dah lama tak update blogkan. Maaflah blog, tuan anda tak sihat. dah baik demam, flu pulak. dah baik flu, batuk pulak kena. Ermm. Takpelah, dugaan di bulan puasa. *senyum

Untuk entry kali ini, aku nak share pendapat aku sikit pasal couple nih. Aku malas nak ulas isu couple itu haram atau tidak sebab banyak sangat pendapat pasal hal ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak, dan masing-masing ada hujah tersendirikan.

Bagi aku, kalau ada kawan aku yang bercouple sekalipun, aku harap mereka tak terlalu show off. Maksud aku, tak perlulah nak upload selalu gambar dia dengan partner dia kan. Atau lagi bagus, kalau dia tak upload terus. Simpan jelah buat kenangan masing-masing. Tak perlu nak tunjuk kat facebook mahupun blog mahupun tumblr atau apa sahaja lah medium mengenai kesweetan korang tuh.

Tak semua suka, dan tak semua tak suka. Macam aku, 50-50. Ada couple nih, upload je gambar-gambar mereka kat facebook. Tapi aku tak rimas nak tengok sebab kalau tengok dorang komen-komen sama sendiri pun, taklah sayang honey apa semua tu. Guna aku kau kot. Serius cool. Aku memang suka pasangan ni, dan aku harap sangat-sangat jodoh dorang berpanjangan.

Ada certain tu pulak. Gambar yang dorang upload tu, biasa-biasa aje. Takde lah ekstrem sangat sampai berpegang tangan apa semua tu. Tapi aku jadi serabut dan naik mual bila baca komen dorang. sayang, bi, baby. adodoi. Tak perlulah nak show kat facebook apa semua tuh. Biarlah antara korang berdua kan. Serius aku geli tau. Kalaulah ditakdirkan one day, korang clash. Tak segan ke bila baca semula komen-komen tu?

Ada pula yang perempuan ni, sikit-sikit upload gambar profile baru dia kat facebook. Okeh, fine. kau punya facebook, ikut suka kau lah nak upload sejuta kali pun kan. tapi.. asal setiap kali kau upload, mesti kau tag si buah hati kau kat gambar kau tuh. errrr. nak kata sweetlah ni? aku tak tahulah macam mana perasaan si lelaki tuh, suka ke, rimas ke.. aku tak tahu. tapi aku rasa, lelaki tak suka kot. tak semualah. ade segelintir okeh je kot, ada segelintir lagi tak suka sebab bagi dorang mende-mende ni privasi. KOT lah heh. aku bukan lelaki pun.

Satu lagi, yang aku perasan pasal couple nih kat facebook. si awek yang selalunya nampak macam lebih-lebih atau terhegeh-hegeh ( maaf kalau kasar ) dalam suatu perhubungan itu. Jarang aku tengok si pakwe conteng kat wall awek dia tulis i love youuu. yang selalunya, si awek lah. sikit-sikit.. :

"I MISS YOU BI"
"RINDU SAYANG"
"I LOVE YOU"
"SAYANG BI KETAT KETAT TAU"
"aLorH Bi niH, titEw cAyAng bI shANgAt shAnGAt tAww.."
"mmuaxxxx. nite honey. "
"axsal bi tak angkat phone tadi? :( "

euwww. kot ye pun, sebagai perempuan, janganlah tunjuk sangat yang kau tu terhegeh-hegeh sangat kat dia. lelaki ni.. bukan kita bole percaya seratus peratus pun tau. silap hari bulan, dia jumpa someone yang lagi better daripada kau, dia dump kau terus je macam tu. nak ke?

akhir kata, buat pasangan-pasangan yang sedang bercinta di luar sana, aku harap jodoh korang insyaAllah kekal sampai ke jenjang pelamin. tapi kalau dah terputus kat tengah jalan tu, just move on okeh. ada yang cakap jodoh kita memang dah tertulis di luh mahfuz. ada pulak yang cakap, jodoh kita tu atas usaha kita sendirikan. untuk aku, aku lebih percaya yang jodoh kita tu, atas usaha kita sendiri. kalau kau nak tunggu jodoh datang bergolek je, memang sampai bila lah tak kahwin kan. tak salah pun kalau kita berusaha sikit, jangan peduli pepatah perigi cari timba apa semua tuh. memang, aku tak nafikan kalau perempuan yang mencari lelaki nampak macam kurang manis, tapi macam aku tulis atas-atas tu, takkan kau nak tunggu jodoh datang bergolek je kan? berusahalah. bila kita dah berusaha, kita berdoa. dan sesudah kita berdoa, kita tawakal. Allah itu Maha Penyayang. Allah itu Adil. dan dia sangat-sangat mengetahui apa yang terbaik buat kita. bersangka baiklah terhadap Allah wahai pembaca sekalian.


Sekian,
selamat berpuasa semua.

Wednesday 27 July 2011

one happy family

Assalamualaikum,


haha. lawak lah. memang macam lukisan budak 3 tahun kan? hee.. ni aku lukis sendiri yaww. guna paint. sakit jari den nak control pencil tuh tau. T.T

okeh. ekceli. untuk entry ini bertemakan sedikit pasal hubungan kekeluargaan. semua orang ada family kan. ada ibu, ayah, adik, abang, kakak, makcik, pakcik, sepupu, datuk, nenek, etc etc. tapi, berapa ramai dalam kalangan kita yang pernah menzahirkan rasa sayang kita tu kat family sendiri.. aku rasa berapa kerat je kot. dan ofkos la kan, aku tak termasuk dalam berapa kerat tuh. hehe.

aku sayang ibu dan ayah aku. tapi aku tak pernah nak tunjuk melalui kata-kata atau perbuatan atau sebagainya. apa yang pasti, setiap kali aku lepas solat, aku memang tak pernah lupa untuk mendoakan mereka.

depan mereka, memang aku buat keras. keraskan hati. time hari ibu, mahupun bapa, jarang aku nak ucapkan kepada mereka. sebab apa? sebab aku malu. aku malu nak cakap aku sayang mereka secara depan-depan. entah lah kenapa macam tuh. degil kot? eheh.

sama juga macam masa birthday mereka. jarang aku nak wish. sebab, apa yang aku lagi suka, aku lagi suka bagi mereka doa. kan doa itu lagi bagus. *senyum.

takpe lah. tu cara aku nak tunjuk aku sayang mereka. setiap orangkan lain-lain cara. apa-apa pun cara anda, sayangilah dan hargailah mereka sementara nyawa kita masih di badan.