Wednesday, 24 August 2011

Lelaki Vs Perempuan

Assalamualaikum.

Source: klik here

kita selalu dengar ungkapan " lelaki itu sembilan akal satu nafsu dan perempuan itu sembilan nafsu satu akal " . dan mostly orang ramai, pemahaman mereka terhadap ungkapan ini ialah nafsu itu lebih kepada seperti nafsu makan, tidur, seks, dan sebagainya. ada pulak aku baca kat satu blog ni, dia menggunakan ungkapan ini dengan menyatakan satu nafsu lelaki itulah ialah nafsu seks dan sembilan akal lagi ditugaskan untuk menjaga nafsu tersebut. errrrr. serius aku tak setuju dengan so-called 'penerangan' dia tu. 

dalam buku Aku Terima Nikahnya, sebuah buku motivasi karya Ustaz Hasrizal, beliau ada menerangkan ungkapan itu dengan mengolah semula  ayat tersebut dengan menggunakan ayat baru,setelah beliau habis membaca buku Mens From Mars Women From Venus (kalau salah tulis, maaf). dan... aku rasa, kalau ramai orang guna ayat ini, baru betul pemahaman mereka kan. 

" lelaki itu sembilan logik satu emosi dan perempuan itu sembilan emosi satu logik "

see? aku rasa, berdasarkan ayat tu pun, aku da boleh faham betul-betul apa sebenarnya maksud akal, nafsu apa semua itu. 

bila aku baca sebutir-sebutir penerangan ustaz hasrizal ni, barulah aku faham tentang aspek pemikiran lelaki dan perempuan. kenapa macam tu, kenapa macam ni. kenapa lelaki kurang emosi, kenapa perempuan selalu terlebih emosi, kenapa perempuan lebih sensitif, kenapa lelaki selalu kering perasaan dorang tu.so, senang cerita, perbezaan pemikiran lelaki dan perempuan ni, membawa kepada keseimbangan dalam pemikiran manusia. tak gitu? 

nak terang panjang-panjang pun susah. aku risau aku tersalah terang dan orang faham lain pulak. hehe. ok lah, senang cerita, kita bagi contoh situasi. maybe dengan cara ni, sape-sape yang baca boleh faham lah apa yang aku nak sampaikan.

situasi 1:
minah sedang ber bbm dengan pakwenya, mamat.

minah : sygg, nak tau tak, tadikan, roommate i, siti.. u kenal kan?
mamat: kenal.. nape?
minah: huh! siti tu kan, dia pakai selipar toilet i, tak bagi tau i pun. haishh. geramnya i. da la i baru beli, tak              sempat nak pakai pun.. dia dah pandai-pandai nak rasmikan. sakit hati i tau takkkkkk.
mamat: ouhhh. yeke. asal jadi camtu plak?
minah: yelaaa. lepas i beli selipar tu, i letak la kat luarkan. konon nak pakailah nak pergi mandi jap lagi. lps tu, tadi nk pi mandi, tup tup selipar tu da lesap. i tunggu punya tunggu nak tengok siapa pakai selipar i, last-last siti rupenye. haishhhhh. 
mamat: lahh. buat brok je la. dia kan pinjam je selipar u, bukan dia curi pun kan.
minah: eiii. memang lah dia pinjam je selipar i tu, at least, tanyalah dulu.. mintak lah kebenaran dari i dulu ke... selipar baru tu tau.. i beli kat tropicana life kot. 
mamat: dah tu, yang u nak berkira sangat ni apsal? is not big deal lahh. selipar je kot kan.
minah: memang lah selipar je kan. eiii. u ni. tak faham-faham lagi ke? kan da cakap tu barang i, at least.. kalau i beli baru pun, bila siti cakap nak pinjam. takde la i nak geram-geram macam ni.
mamat: cehhh u ni. berkira sangat. benda kecik je kot.
minah : yela...  FINE!

haaa. pernah tak korang ade conversation dengan insan bergelar lelaki, tapi at the end, mesti akan jadi camni? aku pernah. serius aku geram kot dengan dia. haha. 
okeh-okeh, mari kita ulas pasal dialog di atas. kalau korang perempuan, memang korang akan fahamlah perasaan minah tu kan. kalau korang lelaki, korang mesti akan setuju dengan mamat. memang benda-benda macam ni bagi lelaki, remeh sangat-sangat. sebab bagi dorang, banyak lagi perkara serius untuk difikirkan. eheh.

okeh lah. kan perempuan itu sembilan emosi. benda-benda macam ni, memang selalu kebanyakan perempuan ambil serius. bagi lelaki, tu benda kecil, tapi bagi perempuan.. mak aihh. kepala hotak kau benda kecil! hehe. kalau sesama perempuan dorang panggil nama pelik-pelik pun, even dorang tak tunjuk depan-depan, mesti jauh di sudut hati dorang, ada juga rasa terkecil hati tu. maksud aku nama pelik tu, macam kau panggil dia gemuk ke, bulat ke, muka bulan ke, pendek ke.as long as, maksud dia tak best lah. cuba tengok lelaki, nama gelaran dorang mesti pelik-pelik kan. dah la pelik, ada jugak nama panggilan yang kurang sopan, tapi aku tengok orang yang kena panggil tu, rilek je. siap buat nama kat facebook lagi kot.

disebabkan sembilan emosi itulah, perempuan yang bergelar ibu, mampu untuk menyayangi anak-anaknya tanpa rasa jemu, menjaga mereka dengan penuh kasih, sentiasa ada di sisi anak-anaknya, sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagian keluarganya. dan disebabkan sembilan emosi inilah, perempuan sangat mudah untuk menitiskan air mata. sebab mereka mempunyai hati yang sangat sensitif. aku mengaku, kalau aku tengok gambar orang menangis dalam surat khabar sebab hilang orang yang mereka sayang pun, dah boleh buat mata aku berair. tengok gambar suami peluk bag tangan peninggalan arwah isteri dia pun aku dah rasa sedih sangat-sangat. tengok rancangan realiti tv pun, bila semua audiens bangun tepuk tangan sebab orang yang menyanyi tu gila power suara dia punnn dah boleh juga buat mata aku berair.okeh. sangat lame. hehe.

tapi.. tak bermakna lelaki ni sikit sangat emosi sampai tak boleh menangiskan. bukan macam tu heh. ada sebab kenapa lelaki ni sembilan logik dan satu emosi. kan seorang lelaki itu menggalas beban yang sangat besar.bila dia kahwin, dia kena jaga isteri dia. bila dia dah anak, dia kena jaga anak bini dia. so, tu merupakan satu tanggungjawab yang sangatt besarr. kita ambil contoh, andai kata keadaan ekonomi keluarga dia tengah tak berapa nak bagus, mesti si lelaki ni gigih nak cari duit untuk tambah sumber pendapatan dia kan. dan, mestilah lelaki tu dalam keadaan tertekan sebab nak cari duit extra. so.. andai cubalah korang bayang kalau lelaki ni ada sembilan emosi, balik rumah lepas kerja dalam keadaan penatnya, tengok-tengok rumah bersepah, baju bersih tak lipat lagi, anak pulak tak henti-henti melalak, bini pulak tak habis-habis minta duit dari suami sebab nak beli rantai emas, aku rasa, tak sampai 10 minit dia duduk dalam rumah tu, ada jugak bini dia kena carai talak tiga. T.T

dan.. tu juga antara sebab kenapa talak nih, lelaki yang pegang. sebab mereka sangat rasional. yela, tak kan la sebab bini lupa nak letak garam dalam kari, dia senang-senang nak lafaz ceraikan. sama juga dengan perempuan. kalau talak tu perempuan yang pegang, ramai juga lelaki ni yang jadi duda kang. lupa buang sampah sikit, ugut cerai. lupa beli pampers anak sikit, ugut cerai. tak boleh lah macam tu kan. habislah porak peranda keluarga kalau macam tuh. kesian lah lelaki sebab ramai jadi duda. hehehe.


source: Google

kesimpulannya, lelaki dan perempuan ni.. saling melengkapi antara satu sama lain. sebab tu lah, macam aku cakap tadi.. keseimbangan dalam pemikiran. kalau lelaki dan perempuan semua sama je corak pemikiran dorang, tak boleh lah macam tu kan. aku pun tak terbayang kalau betul jadi camtu.
dan. seseorang pernah cakap kat aku.. lelaki untuk difahami bukan untuk disayangi, dan perempuan untuk disayangi bukan difahami.

tapi, kalau korang pegang pada frasa lelaki itu sembilan logik satu emosi dan perempuan itu sembilan emosi satu logik, aku rasa kita boleh buat dua-dua. memahami dan menyayangi pada masa yang sama. kan.


p/s: selamat berpuasa!


No comments:

Post a Comment