Assalamualaikum.
Macam dah lama tak update blogkan. Maaflah blog, tuan anda tak sihat. dah baik demam, flu pulak. dah baik flu, batuk pulak kena. Ermm. Takpelah, dugaan di bulan puasa. *senyum
Untuk entry kali ini, aku nak share pendapat aku sikit pasal couple nih. Aku malas nak ulas isu couple itu haram atau tidak sebab banyak sangat pendapat pasal hal ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak, dan masing-masing ada hujah tersendirikan.
Bagi aku, kalau ada kawan aku yang bercouple sekalipun, aku harap mereka tak terlalu show off. Maksud aku, tak perlulah nak upload selalu gambar dia dengan partner dia kan. Atau lagi bagus, kalau dia tak upload terus. Simpan jelah buat kenangan masing-masing. Tak perlu nak tunjuk kat facebook mahupun blog mahupun tumblr atau apa sahaja lah medium mengenai kesweetan korang tuh.
Tak semua suka, dan tak semua tak suka. Macam aku, 50-50. Ada couple nih, upload je gambar-gambar mereka kat facebook. Tapi aku tak rimas nak tengok sebab kalau tengok dorang komen-komen sama sendiri pun, taklah sayang honey apa semua tu. Guna aku kau kot. Serius cool. Aku memang suka pasangan ni, dan aku harap sangat-sangat jodoh dorang berpanjangan.
Ada certain tu pulak. Gambar yang dorang upload tu, biasa-biasa aje. Takde lah ekstrem sangat sampai berpegang tangan apa semua tu. Tapi aku jadi serabut dan naik mual bila baca komen dorang. sayang, bi, baby. adodoi. Tak perlulah nak show kat facebook apa semua tuh. Biarlah antara korang berdua kan. Serius aku geli tau. Kalaulah ditakdirkan one day, korang clash. Tak segan ke bila baca semula komen-komen tu?
Ada pula yang perempuan ni, sikit-sikit upload gambar profile baru dia kat facebook. Okeh, fine. kau punya facebook, ikut suka kau lah nak upload sejuta kali pun kan. tapi.. asal setiap kali kau upload, mesti kau tag si buah hati kau kat gambar kau tuh. errrr. nak kata sweetlah ni? aku tak tahulah macam mana perasaan si lelaki tuh, suka ke, rimas ke.. aku tak tahu. tapi aku rasa, lelaki tak suka kot. tak semualah. ade segelintir okeh je kot, ada segelintir lagi tak suka sebab bagi dorang mende-mende ni privasi. KOT lah heh. aku bukan lelaki pun.
Satu lagi, yang aku perasan pasal couple nih kat facebook. si awek yang selalunya nampak macam lebih-lebih atau terhegeh-hegeh ( maaf kalau kasar ) dalam suatu perhubungan itu. Jarang aku tengok si pakwe conteng kat wall awek dia tulis i love youuu. yang selalunya, si awek lah. sikit-sikit.. :
"I MISS YOU BI"
"RINDU SAYANG"
"I LOVE YOU"
"SAYANG BI KETAT KETAT TAU"
"aLorH Bi niH, titEw cAyAng bI shANgAt shAnGAt tAww.."
"mmuaxxxx. nite honey. "
"axsal bi tak angkat phone tadi? :( "
euwww. kot ye pun, sebagai perempuan, janganlah tunjuk sangat yang kau tu terhegeh-hegeh sangat kat dia. lelaki ni.. bukan kita bole percaya seratus peratus pun tau. silap hari bulan, dia jumpa someone yang lagi better daripada kau, dia dump kau terus je macam tu. nak ke?
akhir kata, buat pasangan-pasangan yang sedang bercinta di luar sana, aku harap jodoh korang insyaAllah kekal sampai ke jenjang pelamin. tapi kalau dah terputus kat tengah jalan tu, just move on okeh. ada yang cakap jodoh kita memang dah tertulis di luh mahfuz. ada pulak yang cakap, jodoh kita tu atas usaha kita sendirikan. untuk aku, aku lebih percaya yang jodoh kita tu, atas usaha kita sendiri. kalau kau nak tunggu jodoh datang bergolek je, memang sampai bila lah tak kahwin kan. tak salah pun kalau kita berusaha sikit, jangan peduli pepatah perigi cari timba apa semua tuh. memang, aku tak nafikan kalau perempuan yang mencari lelaki nampak macam kurang manis, tapi macam aku tulis atas-atas tu, takkan kau nak tunggu jodoh datang bergolek je kan? berusahalah. bila kita dah berusaha, kita berdoa. dan sesudah kita berdoa, kita tawakal. Allah itu Maha Penyayang. Allah itu Adil. dan dia sangat-sangat mengetahui apa yang terbaik buat kita. bersangka baiklah terhadap Allah wahai pembaca sekalian.
Sekian,
selamat berpuasa semua.
No comments:
Post a Comment