Wednesday, 29 June 2011

Bersih 2.0

Assalamualaikum.

Tadi aku buka facebook la kan.
lepas tu baru perasan ada dapat invitation event tu hah,
tapi ni bukan sebarang event, event pergi membersih apa yang patut dibersih tu.

Tapi aku lagi tertarik nak baca kat ruangan komen. ada yang setuju, ada yang tak. biasalah kan.
Dalam banyak-banyak komen tu,
paling nak menangis sekali ada sorang minah ni, aku tak pastilah dia ni student kolej or sekolah ke apa, tapi tengok muka macam tak matured sangat lagi.

kau tau dia cakap apa?
dia cakap, salah ke perhimpunan bersih ni diadakan? bukan ke tujuan dia untuk mempertahankan agama Islam?

Errrr.. nangis aku tengok ada melayu macam ni.
Hello, cik adik. tahu tak siapa yang cadang nak buat perhimpunan itu?
Datuk Ambiga okeh.. ambiga..
kau tahu tak ambiga ni siapa? kau tahu tak apa yang ambiga pernah buat??
kalau kau tahu, konfem kau tak kan cakap perhimpunan bersih tujuan dia untuk mempertahankan Islam.

memang mati hidup semula lah ambiga nak buat camtu wehhhh..

takde akal punya meLAYU !

next time, nak komen pun make sure dalam kepala benak kau ada isi.
pastikan pendapat yang kau nak tulis berdasarkan fakta, bukan setakat auta main redah je.
tengok orang lain nak join bagi pendapat, kau pun nak ikut sekali lah??
buat malu je cik adik oittt..


haktuihhhh.


p/s : semua orang ada hak untuk bersuara. Entry aku tulis ni, bukan nak kutuk or join bersih ke apa, cuma... point aku kat sini, kalau kau nak bagi pendapat pun, at least biarlah ada isi. jangan main redah je nak tulis apa-apa pun.
Dan, bila aku cakap tahu tak ambiga tu ada buat apa, maaflah kalau nampak bias. dah memang macam tu hakikatnya.
Okeh,
Peace! :)

Tuesday, 28 June 2011

#8

Assalamualaikum.


Heartache.

urgghhhhh.

menyampah betul. kalau kau dah involve bab bab perasaan dengan seorang insan bergelar lelaki nih, ni lah risiko dia.

HEARTACHE!!!!!

menyampah aku kat kau.
semalam punyalah semangat aku offline fon manalah tahu kot kau nak hantar meseg kat aku ke kan.
sekali aku dah online.
habuk pun tarakkkkkk.
ingat kalau dia ada hantar, since aku offline, bolehlah konon reply lambatkan.
tulah niat aku sebenar.
tapi malangnya, bukan tu pun yang terjadi.
T________T


Fine, hari ini, aku off terus fon.
tak nak dah buka sampai midnite.

agak agak, berjaya ke tak strategi aku nih??


haha

Sunday, 26 June 2011

Assalamualaikum.

lately. dalam diri aku ni, macam banyak ada konflik dalaman. aku cakap macam banyak ye.dan masih tak dapat dipastikan lagi konflik dalaman itu berpunca daripada diri aku yang betul betul bermasalah atau hanyalah hasutan syaitan.

dan. bukan perihal masalah aku ingin ditulis di sini. aku hanya mahu menulis tentang kisah hidup aku. kita spesifik lagi. kisah cinta aku. * euww euww la plak

kalau ikutkan, aku bukanlah seorang insan yang sudah lama hidup kat muka bumi ni sampai boleh kata kisah cinta aku macam macam jenis. aku cuma boleh kata, yang kisah cinta aku ada up and down dia sendiri. mungkin sama dengan orang lain, atau mungkin tidak sama sekali.

aku mula rasa suka kat seseorang tu, masa aku darjah 6 dekat seorang lelaki ni. aku pun tak tahulah faktor apa yang bole buat aku suka kat dia, tapi seriously, masa aku ternampak dia baru baru ini, selepas hampir 7 tahun tak berjumpa, hell yeahh, aku tak kan suka kat orang macam tu. T__T

masa aku form 1, aku tak pandai sangat bab bab bergaya sakan ini. pakai tudung pun bentuk tudung boleh jadi bentuk petak kat part muka. HAHA. kelakar gila doh tengok muka sendiri time muda mudi dulu. bila aku cakap aku tak reti sangat dress up, memang ya sangat. pergi bandar pun pakai seluar trek. tapi.. time tu, apa aku kisah orang tengok aku hodoh pun. biasalah kan, budak-budak lagi.. heee

tapi... walaupun pakaian aku kat luar dan tudung yang aku pakai kat sekolah nan hadooo je belaka, aku still boleh dapat  peminat. weird kan. aku pun tak tahu apa yang dia pandang kat aku. dengan muka pun setaraf je kot dengan ugly betty, (tapi aku lagi okeh la), jalan pun macam zirafah, muka pun jarang senyum, still ada orang suka kat aku? giloooss. dia ada hantar surat cinta, tapi tu lah. aku tak pernah nak percaya sebab aku rasa ada orang buat prank kat aku. saje nak bagi aku syok sendiriii. yelah kan, time umur belasan tahun ni seorang budak perempuan tu baru nak up kan. tapi aku rasa aku bukan baru nak up pun. macam ada orang nak tolak aku jatuh jatuh gaung tu adalah. uhuk uhuk.

okeh. aku malas nak taip panjang-panjang. biar aku skip masa aku form 2 dulu. time ni, pakaian aku dah tak macam dulu dah. akak akak senior ajar aku macam mana nak bergaya dah sekarang ni.. hahaha
aku ada suka kat seorang mamat ni, dia tua setahun dari aku lah. senang cerita aku ni macam secret admirer dia lah. selalu pandang dia dari jauh. time makan, mata aku mesti selalu melilau nak cari dia kot-kotlah dia ada jugak ke time tu kan, lepas tu, kalau sekolah aku ada buat friendly bola sepak dengan team sekolah lain, aku mesti selalu join duduk tepi padang dengan member-member aku yang lain, kononlah nak tengok bola tu. padahal mata aku fokus kat dia je, bukan fokus kat bola sebijik tu pun. haha

masa dia form 4, dan aku form 3 lah maknanyakan, dia dapat tawaran untuk belajar kat sekolah berasrama penuh di X . memang jauh sangatlah sekolah tu dari negeri aku ni kan. aku punya rasa time tu. macam loser je beb. semangat nangis kot, hahaha. noob gila. malu rasa bila fikir semula.. kakak angkat aku tahu aku suka dia, dan dia ada bagi nombor fon lelaki tu kat aku. dan aku pun start lah kacau dia kan. mula- mula aku misscall dia je. sekali dia balas balik misscall aku tuh. pergggghhh, eksaited gile aku. siap sengih sorang sorang lagi tengok no. dia kat skrin fon aku. haha.. macam hape jee. =.=

lepas dia dah pindah tu, aku teruskan je lah hidup aku macam biasakan. bukan dia suami aku pun. haha.. tapi, aku tak lah desperate sangat nak cari pengganti dia supaya aku dapat gedik gedik nak secret admirer kan. sebab, dengan status aku sebagai seorang pelajar, aku pernah rasakan yang golongan lelaki bergelar teman istimewa sangat menyusahkan hidup. aku tengok kawan aku sendiri yang ada pakwe, life dorang macam tak teratur sikit sampai boleh ganggu pelajaran dorang. well, aku rasa benda ni depend pada diri sendirilah. kalau kau pilih untuk jadikan dia sebagai sumber inspirasi, tak mustahil pelajaran kau akan terganggu jugak kan.

macam ada sorang kawan matrik aku dulu. dekat 3 tahun lah dia couple, tapi aku tengok, pelajaran dia tak terganggu pun. cemerlang gemilang terbilang tu adalah. dua dua sem dia dapat 4 rata. ambik kau.. kencang tak kencang kan..


p/s : aku cakap nak tulis pasal kisah aku kan? apsal rasa macam lari topik je.... 

Saturday, 25 June 2011

si pendiam dan si sombong #5

Assalamualaikum

yahhh. kenapa si pendiam dan si sombong?
okeh, untuk kali ini, aku nak share sikit sikit tips macam mana nak kenal si pendiam dan si sombong.
yelah, manusia zaman sekarang kan, sekali orang tu kau nampak senyap senyap je, nak nak lagi muka pula jenis masam serius camtu, teruslah kau label dia sombong ye..
amboi... banyak cantik ketiak kau ! T__T

okey, kite straight to the point terus.
kalau kau nampak seorang insan ni, muka ala ala bajet dan kerek sikit, mesti dalam hati terus berkata kata ayat nista kan. Well, yeah. aku tahu sebab aku pun macam tu juga dulu.
dan.. pernah tak kita berfikir sejenak.. andai katalah muka kita pun macam tu, ala ala bajet gitu. sedangkan perangai kita sangatlah tak lah macam tu.. agak agak, rasa, kecil hati tak bila tahu ada orang judge kita macam tu ?

mestilah terasa kan..

sama juga dalam kes ini. sekali kau semua sudah menbuat penilaian awal yang sedemikian rupa, secara tak langsung, turut akan menjejaskan kita punya rasa or feeling kat dia. okeh, maksud aku sekarang ni bukan feeling cinta suka apa semua tu ye.. maksud aku.. sekali kau dah macam set mind dia ni sombong @ bajet, secara tak langsung, hati kau akan dibutakan untuk mengenali dia, untuk sedar akan sisi kebaikan seseorang tu. dan, apabila hati kau dah dibutakan untuk melihat sisi kebaikan seseorang itu, kau hanya akan nampak keburukan atau kelemahan dia aja.. kan..

aku tahulah, sebab aku pernah kena.

kawan kawan aku, ambil masa yang agak lama juga untuk terima aku sebagai kawan mereka, susah dan senang. pada awal perkenalan dulu, mereka semua agak tidak serasi dengan aku. tambah lagi pula, aku jenis pendiam macam tu, cuba pula nak masuk kepala dengan insan insan yang happy go lucky, laugh laugh laugh, memang payah la kan.
dan, setiap kali ada masa lapang di hostel tanpa perlu membuat kerja sekolah atau study atau apa, mereka sering menggunakan masa terluang mereka itu, menjadikan aku sebagai salah satu subjek untuk mereka bincangkan. *mengumpat.




biasalah, manusiakan. aku tak kata aku baik sebab jadi mangsa umpatan apa semua ni. aku cuma nak share aje pengalaman hidup aku. buat renungan di masa tua kelak. ----
lepas dah bertahun-tahun berkawan dengan mereka, Alhamdullilah. akhirnya mereka sudah tidak lagi memandang aku sebagai si sombong. sebaliknya sebagai si pendiam. kenapa? sebab mereka dah berjaya nak bezakan, mana si sombong, mana si pendiam. *macam noob pulak ayat aku ni. =.=

teramatlah senang untuk mengenal si sombong sebenarnya. Once kau da tegur dia, tapi dia jawab sepatah sepatah je, dan tak berusaha langsung dalam perbualan tersebut, kau tak boleh kategori dia sebagai sombong lagi. Sebab? mungkin dia jenis yang ada masalah untuk berkomunikasi atau tidak mempunyai kemahiran sosial yang bagus atau tengah ada masalah time tu, tapi kau pulak sibuk sangat nak beramah mesra dengan dia. so, kenapa aku cakap senang je nak kenal si sombong? bila orang yang kau tegur tu jawab sepatah patah, dan dia jawab sambil tersenyum, dan pada masa yang sama, cuba juga untuk menjayakan komunikasi tersebut maka dia bukanlah dalam kategori sombong ye, walaupun pada hakikatnya, hanya lepas 10-15 minit lepas terdiam lama bercakap dengan kau, baru dia tanya soalan semula. tu.. maybe takde idea.

mereka yang sombong, kebanyakannya merasakan diri mereka tak layak bercakap dengan kau. mungkin figura kau ketika itu sangat selekeh, dan dia pula pakai baju butik mahal mahal, jadi sudah nampak di situ ada jurang antara dua darjat antara kau berdua. dan lagi pula, sekali dia sudah berkata-kata bercakap betapa gahnya dia memakai beg gucci dibeli di london, atau pun, memakai skirt zara yang dibeli pada harga ratusan ringgit kerana special edition punya, pada awal pertemuan anda berdua...
dan ya. dia positif untuk si bongkak.

sebenarnya, banyak cara untuk kau tahu dia, dia , dia dan dia adalah si pendiam atau si sombong. aku malas nak terang lebih sebab aku tahu, kau semua dah besar. sudah tahu beza antara baik dan buruk.
nasihat aku, pandanglah seseorang dengan mata hati. dan jangan terlalu amalkan untuk memberi first impression untuk insan yang kau baru kenali. (kecuali kau pergi interview, wajib bagilah impression yang baik baik kan .. =.=)


dan, bagi anda si pendiam di luar sana, cubalah usaha sikit untuk kau betulkan tanggapan orang sekeliling kau yang kau bukan sombong, kau cuma pendiam je, lebih suka mendengar pendapat orang dan memberi pendapat sendiri apabila perlu.
satu tips dari aku, kau si pendiam, cubalah belanja sekali sekala kawan kau,big apple, kek coklat atau apa apa jelah kat mereka ke. supaya kawan kau tu bole fikir yang kau bukan sombong, kedekut duit. kau cuma pendiam je. kalau kau sombong, sampai sudah kau tak kan bergaul dengan mereka kan.
InsyaAllah, asalkan niat kita betul, Allah akan membantu kau wahai si pendiam.

Be strong, dan kuatkan hati kau bila dengar tomahan insan insan sekeliling kau.
kerana, itulah dunia, sangat kejam. sehingga kau perlu untuk terus berhati kering dan sentiasa yakin pada yang satu untuk terus menempuhi dunia sementara ini.


Sekian.

Sunday, 12 June 2011

#3

pelik lah aku.

kenapa asal couple je, mesti facebook si pakwe, si awek mesti nak konker.

tak rasa rimas ke? tak rasa ke facebook tu satu privasi?

lain lah kalau kau dah kawin kan.

ni bertunang pun tak.

sampai aku nak komen kat wall ehem ehem ka pun da tak boleh.

ingat ade perempuan lain nak tackle dia lah?

puiii. menyampah lah aku dengan perempuan camni.

over.

Wednesday, 8 June 2011

Tahniah, aku dah tak suka kpop ! #1

Well, hello there.


Entry ini merupakan entry aku yang ke dua dalam blog ni, itupun kalau ambil kira entry pengenalan la kan. he he he.


Dulu, aku pun salah sorang jugak la peminat kpop ni. Tapi... aku TER minat pun sebab ada member aku sibuk promote pasal artis artis korea ni. Maka, aku yang kebosanan duduk kat rumah menjadi penganggur terhormat time tu ( baru lepas SPM ), so aku pun layan la kpop apa semua tu     =.=""


Bila ingat semula, malu pula rasa. memang aku fanatik dok oh sangat la kat mamat muka jambu tu. siap berangan lagi kot muka dorang sebelum tidur.. ohhh.. wat a shame T___T


Aku pernah tak tidur semalaman, semata mata nak menghabiskan cerita boys over flowers tu. 
Aku pernah sekali resah gelisah macam apa duk angau ke Kim Hyun Joon. * dammit!
Aku pernah buka twitter semata mata nak follow dia.. but at the end.. tu fake akaun dia jah...  ceyttt
Aku pernah like kpopnews kat facebook semata mata nak tahu semua pasal ss501, nak nak lagi pasal leader dia.
Aku pernah meleleh air mata bila dengar lagu korea yg mendayu dayu ni even aku sendiri tak faham makna dia.
Aku pernah buat gambar dia jadi gambar profile aku sekejap. +____+
Aku pernah terbayang dia dengan dia berebutkan aku, dan last sekali... dia yang menang. . . . happily ever after... * errr.. serius shit!


Tapi... bila aku da masuk sambung belajar semula, mujurlah dah tak layan sangat kpop ni. Terlalu banyak sangat aku kena fikir dalam otak aku, sampai dah takde masa nak terbayang muka dorang, instead of asyik terbayang muka lecturer aku, esok ada kuiz kimia, Krebs Cycle, trigo, rumah, makanan, tidur, dia.. errr.. siapa dia? *uhukkk


But, since dah hampir 3 bulan aku habis matrik, mujurlah aku tak ter addicted semula kat segala jenis mende yg berkaitan dengan korea ni. aku berjaya menghabiskan masa aku kat rumah, baca semula semuaaaa novel yang ada kt dalam bilik aku ni. * fuhhh


Cuma, aku tengok, ada lah sorang dua member aku ni still lagi fanatik sangat ke kpop ni. asal aku bukak home facebook je, mesti ada dia post video pasal dorang dari youtube, berserta dengan caption,


"OMG OMG, comellllnyeee gikwangg.. rase nak cubit cubit je pipi dye.. "


"EH KORANG. LEE MIN HO SWEETKAN DLM CTER NI... EH EH,, DIA AKU PUNYA TAUU"


"hahahaha, geram aku tengok eunhyuk. nape dia kelakar sangat nihhhhh.. "


" sedihnya tak dapat pergi konsert suju... ;(( "


" ade artis meleis kutuk suju la wehh.. wtf! "


errrr... tak rasa annoying ke? bukannya aku tak bagi dorang ni minat ke kpop apa semua tu.. tapi kalau da fanatik sangat sampai setiap kali aku buka facebook, adaceritapasalpakwekoreadia, sumpah aku menyampah tau.. kot ye pun, jangan la fanatik sangat babe.. bukan dorang bole jadi pakwe kau betul betul pun...


haihhhhh


dan, aku tahu aku tiada hak nak mengutuk mereka. well, setiap orang ada taste masing masing kan. cuma, janganlah terlalu overboard sangat.. orang lain pun layan jugak cerita korea, tapi takde la sampai jadi macam ... ehem ehem. * sila faham sendiri.






p/s : sekarang ramai pulak yang suka cerita nora elena ye. nora elena whoooo? kalau maria elena yg cun tu aku kenal la.. heee...

Kali Pertama?

Well, hello there.


Okeh. This is my first time writing here. So, i don't give a damn ada ke tidak reader blog aku. Yang penting, aku menulis untuk kepuasan.. kot kot tetiba lah ada orang terbaca kat blog aku ni, terima kasih la ye. Tulisan aku tak penting pun, yang mana baik bolehlah kot nak ambil sebagai pengajaran. Tapi, kalau ada yg pelik pelik tu, aku minta maaf la heh. :)