Assalamualaikum.
lately. dalam diri aku ni, macam banyak ada konflik dalaman. aku cakap macam banyak ye.dan masih tak dapat dipastikan lagi konflik dalaman itu berpunca daripada diri aku yang betul betul bermasalah atau hanyalah hasutan syaitan.
dan. bukan perihal masalah aku ingin ditulis di sini. aku hanya mahu menulis tentang kisah hidup aku. kita spesifik lagi. kisah cinta aku. * euww euww la plak
kalau ikutkan, aku bukanlah seorang insan yang sudah lama hidup kat muka bumi ni sampai boleh kata kisah cinta aku macam macam jenis. aku cuma boleh kata, yang kisah cinta aku ada up and down dia sendiri. mungkin sama dengan orang lain, atau mungkin tidak sama sekali.
aku mula rasa suka kat seseorang tu, masa aku darjah 6 dekat seorang lelaki ni. aku pun tak tahulah faktor apa yang bole buat aku suka kat dia, tapi seriously, masa aku ternampak dia baru baru ini, selepas hampir 7 tahun tak berjumpa, hell yeahh, aku tak kan suka kat orang macam tu. T__T
masa aku form 1, aku tak pandai sangat bab bab bergaya sakan ini. pakai tudung pun bentuk tudung boleh jadi bentuk petak kat part muka. HAHA. kelakar gila doh tengok muka sendiri time muda mudi dulu. bila aku cakap aku tak reti sangat dress up, memang ya sangat. pergi bandar pun pakai seluar trek. tapi.. time tu, apa aku kisah orang tengok aku hodoh pun. biasalah kan, budak-budak lagi.. heee
tapi... walaupun pakaian aku kat luar dan tudung yang aku pakai kat sekolah nan hadooo je belaka, aku still boleh dapat peminat. weird kan. aku pun tak tahu apa yang dia pandang kat aku. dengan muka pun setaraf je kot dengan ugly betty, (tapi aku lagi okeh la), jalan pun macam zirafah, muka pun jarang senyum, still ada orang suka kat aku? giloooss. dia ada hantar surat cinta, tapi tu lah. aku tak pernah nak percaya sebab aku rasa ada orang buat prank kat aku. saje nak bagi aku syok sendiriii. yelah kan, time umur belasan tahun ni seorang budak perempuan tu baru nak up kan. tapi aku rasa aku bukan baru nak up pun. macam ada orang nak tolak aku jatuh jatuh gaung tu adalah. uhuk uhuk.
okeh. aku malas nak taip panjang-panjang. biar aku skip masa aku form 2 dulu. time ni, pakaian aku dah tak macam dulu dah. akak akak senior ajar aku macam mana nak bergaya dah sekarang ni.. hahaha
aku ada suka kat seorang mamat ni, dia tua setahun dari aku lah. senang cerita aku ni macam secret admirer dia lah. selalu pandang dia dari jauh. time makan, mata aku mesti selalu melilau nak cari dia kot-kotlah dia ada jugak ke time tu kan, lepas tu, kalau sekolah aku ada buat friendly bola sepak dengan team sekolah lain, aku mesti selalu join duduk tepi padang dengan member-member aku yang lain, kononlah nak tengok bola tu. padahal mata aku fokus kat dia je, bukan fokus kat bola sebijik tu pun. haha
masa dia form 4, dan aku form 3 lah maknanyakan, dia dapat tawaran untuk belajar kat sekolah berasrama penuh di X . memang jauh sangatlah sekolah tu dari negeri aku ni kan. aku punya rasa time tu. macam loser je beb. semangat nangis kot, hahaha. noob gila. malu rasa bila fikir semula.. kakak angkat aku tahu aku suka dia, dan dia ada bagi nombor fon lelaki tu kat aku. dan aku pun start lah kacau dia kan. mula- mula aku misscall dia je. sekali dia balas balik misscall aku tuh. pergggghhh, eksaited gile aku. siap sengih sorang sorang lagi tengok no. dia kat skrin fon aku. haha.. macam hape jee. =.=
lepas dia dah pindah tu, aku teruskan je lah hidup aku macam biasakan. bukan dia suami aku pun. haha.. tapi, aku tak lah desperate sangat nak cari pengganti dia supaya aku dapat gedik gedik nak secret admirer kan. sebab, dengan status aku sebagai seorang pelajar, aku pernah rasakan yang golongan lelaki bergelar teman istimewa sangat menyusahkan hidup. aku tengok kawan aku sendiri yang ada pakwe, life dorang macam tak teratur sikit sampai boleh ganggu pelajaran dorang. well, aku rasa benda ni depend pada diri sendirilah. kalau kau pilih untuk jadikan dia sebagai sumber inspirasi, tak mustahil pelajaran kau akan terganggu jugak kan.
macam ada sorang kawan matrik aku dulu. dekat 3 tahun lah dia couple, tapi aku tengok, pelajaran dia tak terganggu pun. cemerlang gemilang terbilang tu adalah. dua dua sem dia dapat 4 rata. ambik kau.. kencang tak kencang kan..
p/s : aku cakap nak tulis pasal kisah aku kan? apsal rasa macam lari topik je....
No comments:
Post a Comment