Assalamualaikum
yahhh. kenapa si pendiam dan si sombong?
okeh, untuk kali ini, aku nak share sikit sikit tips macam mana nak kenal si pendiam dan si sombong.
yelah, manusia zaman sekarang kan, sekali orang tu kau nampak senyap senyap je, nak nak lagi muka pula jenis masam serius camtu, teruslah kau label dia sombong ye..
amboi... banyak cantik ketiak kau ! T__T
okey, kite straight to the point terus.
kalau kau nampak seorang insan ni, muka ala ala bajet dan kerek sikit, mesti dalam hati terus berkata kata ayat nista kan. Well, yeah. aku tahu sebab aku pun macam tu juga dulu.
dan.. pernah tak kita berfikir sejenak.. andai katalah muka kita pun macam tu, ala ala bajet gitu. sedangkan perangai kita sangatlah tak lah macam tu.. agak agak, rasa, kecil hati tak bila tahu ada orang judge kita macam tu ?
mestilah terasa kan..
sama juga dalam kes ini. sekali kau semua sudah menbuat penilaian awal yang sedemikian rupa, secara tak langsung, turut akan menjejaskan kita punya rasa or feeling kat dia. okeh, maksud aku sekarang ni bukan feeling cinta suka apa semua tu ye.. maksud aku.. sekali kau dah macam set mind dia ni sombong @ bajet, secara tak langsung, hati kau akan dibutakan untuk mengenali dia, untuk sedar akan sisi kebaikan seseorang tu. dan, apabila hati kau dah dibutakan untuk melihat sisi kebaikan seseorang itu, kau hanya akan nampak keburukan atau kelemahan dia aja.. kan..
aku tahulah, sebab aku pernah kena.
kawan kawan aku, ambil masa yang agak lama juga untuk terima aku sebagai kawan mereka, susah dan senang. pada awal perkenalan dulu, mereka semua agak tidak serasi dengan aku. tambah lagi pula, aku jenis pendiam macam tu, cuba pula nak masuk kepala dengan insan insan yang happy go lucky, laugh laugh laugh, memang payah la kan.
dan, setiap kali ada masa lapang di hostel tanpa perlu membuat kerja sekolah atau study atau apa, mereka sering menggunakan masa terluang mereka itu, menjadikan aku sebagai salah satu subjek untuk mereka bincangkan. *mengumpat.
biasalah, manusiakan. aku tak kata aku baik sebab jadi mangsa umpatan apa semua ni. aku cuma nak share aje pengalaman hidup aku. buat renungan di masa tua kelak. ----
lepas dah bertahun-tahun berkawan dengan mereka, Alhamdullilah. akhirnya mereka sudah tidak lagi memandang aku sebagai si sombong. sebaliknya sebagai si pendiam. kenapa? sebab mereka dah berjaya nak bezakan, mana si sombong, mana si pendiam. *macam noob pulak ayat aku ni. =.=
teramatlah senang untuk mengenal si sombong sebenarnya. Once kau da tegur dia, tapi dia jawab sepatah sepatah je, dan tak berusaha langsung dalam perbualan tersebut, kau tak boleh kategori dia sebagai sombong lagi. Sebab? mungkin dia jenis yang ada masalah untuk berkomunikasi atau tidak mempunyai kemahiran sosial yang bagus atau tengah ada masalah time tu, tapi kau pulak sibuk sangat nak beramah mesra dengan dia. so, kenapa aku cakap senang je nak kenal si sombong? bila orang yang kau tegur tu jawab sepatah patah, dan dia jawab sambil tersenyum, dan pada masa yang sama, cuba juga untuk menjayakan komunikasi tersebut maka dia bukanlah dalam kategori sombong ye, walaupun pada hakikatnya, hanya lepas 10-15 minit lepas terdiam lama bercakap dengan kau, baru dia tanya soalan semula. tu.. maybe takde idea.
mereka yang sombong, kebanyakannya merasakan diri mereka tak layak bercakap dengan kau. mungkin figura kau ketika itu sangat selekeh, dan dia pula pakai baju butik mahal mahal, jadi sudah nampak di situ ada jurang antara dua darjat antara kau berdua. dan lagi pula, sekali dia sudah berkata-kata bercakap betapa gahnya dia memakai beg gucci dibeli di london, atau pun, memakai skirt zara yang dibeli pada harga ratusan ringgit kerana special edition punya, pada awal pertemuan anda berdua...
dan ya. dia positif untuk si bongkak.
sebenarnya, banyak cara untuk kau tahu dia, dia , dia dan dia adalah si pendiam atau si sombong. aku malas nak terang lebih sebab aku tahu, kau semua dah besar. sudah tahu beza antara baik dan buruk.
nasihat aku, pandanglah seseorang dengan mata hati. dan jangan terlalu amalkan untuk memberi first impression untuk insan yang kau baru kenali. (kecuali kau pergi interview, wajib bagilah impression yang baik baik kan .. =.=)
dan, bagi anda si pendiam di luar sana, cubalah usaha sikit untuk kau betulkan tanggapan orang sekeliling kau yang kau bukan sombong, kau cuma pendiam je, lebih suka mendengar pendapat orang dan memberi pendapat sendiri apabila perlu.
satu tips dari aku, kau si pendiam, cubalah belanja sekali sekala kawan kau,big apple, kek coklat atau apa apa jelah kat mereka ke. supaya kawan kau tu bole fikir yang kau bukan sombong, kedekut duit. kau cuma pendiam je. kalau kau sombong, sampai sudah kau tak kan bergaul dengan mereka kan.
InsyaAllah, asalkan niat kita betul, Allah akan membantu kau wahai si pendiam.
Be strong, dan kuatkan hati kau bila dengar tomahan insan insan sekeliling kau.
kerana, itulah dunia, sangat kejam. sehingga kau perlu untuk terus berhati kering dan sentiasa yakin pada yang satu untuk terus menempuhi dunia sementara ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment