Thursday, 10 November 2011

short update

assalaamualaikum..
Alhamdulillah.. terbukak jugak hati aku nak update blog ni..
Haha.. macam lah ade orang baca kan.
Hurmm.. rite now tengah cuti mid sem.. hari ni da hari khamis.. bila dah last2 nak habis cuti tu la baru dapat mood nak study.. hampeh betul..
Tapi takpe lah kan.. at least study jugak dari tk study langsung kan..
Ok lahh..
Malas nak bebel panjang2..
Aku nak sambung study..
Tadaaaa blog =D

Tuesday, 30 August 2011

hari raya bagi aku,

Assalamualaikum.


  • selamat hari raya semua. maaf kalau siapa-siapa pernah terbaca tulisan-tulisan aku ni dan terguris hati ke. minta maaf banyak-banyak tau.
  • raya aku tahun ni, biasa je. kat belah pantai timur, belah tu jugak laa since aku kecik sampailah da besar macam sekarang.
  • kalau orang tanya aku camne raya, jawapan klise, "biasa-biasa je".
  • tapi jawapan dari hati, "hambar."
  • time kecil-kecil dulu, memang raya nih meriah lah bagi aku. seronok je main bunga api, tengok kazen lelaki aku main mercun.
  • tapi sekarang takda. dah takde mende semua tuh.
  • tiap-tiap malam raya kena tidur kat rumah situ. haihh. sedih betul. da la takde orang langsung.
  • suasana pun rasa hambar gila tau. 
  • aku memang menyampah sikit lah kalau tengok drama raya yang bila malam raya semua sibuk buat persiapan.
  • siap ada pasang lagu lagi tu.
  • tapi aku tak pernah rasa semua tuh.
  • bila tengok gambar raya kat facebook member-member lain, jeles sangat-sangat.
  • one big happy family tuh.
  • ramai je.
  • meriah je.
  • tapi aku?
  • alahai. sedih betul.
  • sampai satu tahap aku rasa, kalau raya dengan member sendiri lagi best.
  • lagi rasa meriah dia.
  • sebab aku rasa member akulah yang paling faham aku berbanding family aku sendiri.
  • sobs.
  • dah lah. makin lama taip entry nih, makin sedih pulak.
  • nanti aku kawin, aku nak kawin dengan lelaki yang dari family besar-besar.
  • aku taknak anak aku jadi macam aku.

Wednesday, 24 August 2011

Lelaki Vs Perempuan

Assalamualaikum.

Source: klik here

kita selalu dengar ungkapan " lelaki itu sembilan akal satu nafsu dan perempuan itu sembilan nafsu satu akal " . dan mostly orang ramai, pemahaman mereka terhadap ungkapan ini ialah nafsu itu lebih kepada seperti nafsu makan, tidur, seks, dan sebagainya. ada pulak aku baca kat satu blog ni, dia menggunakan ungkapan ini dengan menyatakan satu nafsu lelaki itulah ialah nafsu seks dan sembilan akal lagi ditugaskan untuk menjaga nafsu tersebut. errrrr. serius aku tak setuju dengan so-called 'penerangan' dia tu. 

dalam buku Aku Terima Nikahnya, sebuah buku motivasi karya Ustaz Hasrizal, beliau ada menerangkan ungkapan itu dengan mengolah semula  ayat tersebut dengan menggunakan ayat baru,setelah beliau habis membaca buku Mens From Mars Women From Venus (kalau salah tulis, maaf). dan... aku rasa, kalau ramai orang guna ayat ini, baru betul pemahaman mereka kan. 

" lelaki itu sembilan logik satu emosi dan perempuan itu sembilan emosi satu logik "

see? aku rasa, berdasarkan ayat tu pun, aku da boleh faham betul-betul apa sebenarnya maksud akal, nafsu apa semua itu. 

bila aku baca sebutir-sebutir penerangan ustaz hasrizal ni, barulah aku faham tentang aspek pemikiran lelaki dan perempuan. kenapa macam tu, kenapa macam ni. kenapa lelaki kurang emosi, kenapa perempuan selalu terlebih emosi, kenapa perempuan lebih sensitif, kenapa lelaki selalu kering perasaan dorang tu.so, senang cerita, perbezaan pemikiran lelaki dan perempuan ni, membawa kepada keseimbangan dalam pemikiran manusia. tak gitu? 

nak terang panjang-panjang pun susah. aku risau aku tersalah terang dan orang faham lain pulak. hehe. ok lah, senang cerita, kita bagi contoh situasi. maybe dengan cara ni, sape-sape yang baca boleh faham lah apa yang aku nak sampaikan.

situasi 1:
minah sedang ber bbm dengan pakwenya, mamat.

minah : sygg, nak tau tak, tadikan, roommate i, siti.. u kenal kan?
mamat: kenal.. nape?
minah: huh! siti tu kan, dia pakai selipar toilet i, tak bagi tau i pun. haishh. geramnya i. da la i baru beli, tak              sempat nak pakai pun.. dia dah pandai-pandai nak rasmikan. sakit hati i tau takkkkkk.
mamat: ouhhh. yeke. asal jadi camtu plak?
minah: yelaaa. lepas i beli selipar tu, i letak la kat luarkan. konon nak pakailah nak pergi mandi jap lagi. lps tu, tadi nk pi mandi, tup tup selipar tu da lesap. i tunggu punya tunggu nak tengok siapa pakai selipar i, last-last siti rupenye. haishhhhh. 
mamat: lahh. buat brok je la. dia kan pinjam je selipar u, bukan dia curi pun kan.
minah: eiii. memang lah dia pinjam je selipar i tu, at least, tanyalah dulu.. mintak lah kebenaran dari i dulu ke... selipar baru tu tau.. i beli kat tropicana life kot. 
mamat: dah tu, yang u nak berkira sangat ni apsal? is not big deal lahh. selipar je kot kan.
minah: memang lah selipar je kan. eiii. u ni. tak faham-faham lagi ke? kan da cakap tu barang i, at least.. kalau i beli baru pun, bila siti cakap nak pinjam. takde la i nak geram-geram macam ni.
mamat: cehhh u ni. berkira sangat. benda kecik je kot.
minah : yela...  FINE!

haaa. pernah tak korang ade conversation dengan insan bergelar lelaki, tapi at the end, mesti akan jadi camni? aku pernah. serius aku geram kot dengan dia. haha. 
okeh-okeh, mari kita ulas pasal dialog di atas. kalau korang perempuan, memang korang akan fahamlah perasaan minah tu kan. kalau korang lelaki, korang mesti akan setuju dengan mamat. memang benda-benda macam ni bagi lelaki, remeh sangat-sangat. sebab bagi dorang, banyak lagi perkara serius untuk difikirkan. eheh.

okeh lah. kan perempuan itu sembilan emosi. benda-benda macam ni, memang selalu kebanyakan perempuan ambil serius. bagi lelaki, tu benda kecil, tapi bagi perempuan.. mak aihh. kepala hotak kau benda kecil! hehe. kalau sesama perempuan dorang panggil nama pelik-pelik pun, even dorang tak tunjuk depan-depan, mesti jauh di sudut hati dorang, ada juga rasa terkecil hati tu. maksud aku nama pelik tu, macam kau panggil dia gemuk ke, bulat ke, muka bulan ke, pendek ke.as long as, maksud dia tak best lah. cuba tengok lelaki, nama gelaran dorang mesti pelik-pelik kan. dah la pelik, ada jugak nama panggilan yang kurang sopan, tapi aku tengok orang yang kena panggil tu, rilek je. siap buat nama kat facebook lagi kot.

disebabkan sembilan emosi itulah, perempuan yang bergelar ibu, mampu untuk menyayangi anak-anaknya tanpa rasa jemu, menjaga mereka dengan penuh kasih, sentiasa ada di sisi anak-anaknya, sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagian keluarganya. dan disebabkan sembilan emosi inilah, perempuan sangat mudah untuk menitiskan air mata. sebab mereka mempunyai hati yang sangat sensitif. aku mengaku, kalau aku tengok gambar orang menangis dalam surat khabar sebab hilang orang yang mereka sayang pun, dah boleh buat mata aku berair. tengok gambar suami peluk bag tangan peninggalan arwah isteri dia pun aku dah rasa sedih sangat-sangat. tengok rancangan realiti tv pun, bila semua audiens bangun tepuk tangan sebab orang yang menyanyi tu gila power suara dia punnn dah boleh juga buat mata aku berair.okeh. sangat lame. hehe.

tapi.. tak bermakna lelaki ni sikit sangat emosi sampai tak boleh menangiskan. bukan macam tu heh. ada sebab kenapa lelaki ni sembilan logik dan satu emosi. kan seorang lelaki itu menggalas beban yang sangat besar.bila dia kahwin, dia kena jaga isteri dia. bila dia dah anak, dia kena jaga anak bini dia. so, tu merupakan satu tanggungjawab yang sangatt besarr. kita ambil contoh, andai kata keadaan ekonomi keluarga dia tengah tak berapa nak bagus, mesti si lelaki ni gigih nak cari duit untuk tambah sumber pendapatan dia kan. dan, mestilah lelaki tu dalam keadaan tertekan sebab nak cari duit extra. so.. andai cubalah korang bayang kalau lelaki ni ada sembilan emosi, balik rumah lepas kerja dalam keadaan penatnya, tengok-tengok rumah bersepah, baju bersih tak lipat lagi, anak pulak tak henti-henti melalak, bini pulak tak habis-habis minta duit dari suami sebab nak beli rantai emas, aku rasa, tak sampai 10 minit dia duduk dalam rumah tu, ada jugak bini dia kena carai talak tiga. T.T

dan.. tu juga antara sebab kenapa talak nih, lelaki yang pegang. sebab mereka sangat rasional. yela, tak kan la sebab bini lupa nak letak garam dalam kari, dia senang-senang nak lafaz ceraikan. sama juga dengan perempuan. kalau talak tu perempuan yang pegang, ramai juga lelaki ni yang jadi duda kang. lupa buang sampah sikit, ugut cerai. lupa beli pampers anak sikit, ugut cerai. tak boleh lah macam tu kan. habislah porak peranda keluarga kalau macam tuh. kesian lah lelaki sebab ramai jadi duda. hehehe.


source: Google

kesimpulannya, lelaki dan perempuan ni.. saling melengkapi antara satu sama lain. sebab tu lah, macam aku cakap tadi.. keseimbangan dalam pemikiran. kalau lelaki dan perempuan semua sama je corak pemikiran dorang, tak boleh lah macam tu kan. aku pun tak terbayang kalau betul jadi camtu.
dan. seseorang pernah cakap kat aku.. lelaki untuk difahami bukan untuk disayangi, dan perempuan untuk disayangi bukan difahami.

tapi, kalau korang pegang pada frasa lelaki itu sembilan logik satu emosi dan perempuan itu sembilan emosi satu logik, aku rasa kita boleh buat dua-dua. memahami dan menyayangi pada masa yang sama. kan.


p/s: selamat berpuasa!


Sunday, 21 August 2011

entry yang membuka mata

Assalamualaikum.

aku memang fan kak maria elena.
aku selalu baca blog dia.
aku suka tengok dia dengan geng the scarflets pakai cantik-cantik.
dan sometimes, aku pun teringin juga nak jadi macam dorang.
tapi bila aku fikir betul-betul, muhasabah diri, kenapa aku nak fashionista bagai macam tu kan.
nak cari perhatian siapa? lelaki bukan muhrim?
dah berapa banyaklah dosa aku dapat setiap kali mata lelaki memandang aku kan. T.T
entry kak maria yang latest ni, memang betul-betul membuka mata.
like seriously, apa yang aku fikir, macam tu lah yang kak maria cerita.
really nice entry actually.
mampu membetulkan niat kita untuk berhijab.
dan..
so far..
alhamdulillah, walau ada terbit keinginan nak pakai macam tu,
macam hana tajima ke apa, at the end,
aku bole pakai stail sendiri jugak.
which is cover my neck and dada area.


p/s: nak baca lebih,, tekan sini. 

Monday, 15 August 2011

Talking To The Moon

Assalamualaikum.

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

At night when the stars light up my room
I sit by my self

Talking to the moon
trying to get to you
in hopes you're on the other side
talking to me too
or am I a fool
who sits alone
talking to the moon

i'm feeling like i'm famous
the talk of the town
they say i've gone mad
i've gone mad
but they don't know what i know

cause when the sun goes down
someone's talking back
yeah, they're talking back


At night when the stars light up my room
I sit by my self

Talking to the moon
trying to get to you
in hopes you're on the other side
talking to me too
or am I a fool
who sits alone
talking to the moon

do you ever hear me calling?
cause every night
i'm talking to the moon
still trying to get to you

in hopes you're on the other side
talking to me too
or am i a fool
who sits alone
talking to the moon

i know you're somewhere out there
somewhere far away




p/s : i really love this song. its awesome! :D


Tuesday, 2 August 2011

Anda couple?

Assalamualaikum.

Macam dah lama tak update blogkan. Maaflah blog, tuan anda tak sihat. dah baik demam, flu pulak. dah baik flu, batuk pulak kena. Ermm. Takpelah, dugaan di bulan puasa. *senyum

Untuk entry kali ini, aku nak share pendapat aku sikit pasal couple nih. Aku malas nak ulas isu couple itu haram atau tidak sebab banyak sangat pendapat pasal hal ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak, dan masing-masing ada hujah tersendirikan.

Bagi aku, kalau ada kawan aku yang bercouple sekalipun, aku harap mereka tak terlalu show off. Maksud aku, tak perlulah nak upload selalu gambar dia dengan partner dia kan. Atau lagi bagus, kalau dia tak upload terus. Simpan jelah buat kenangan masing-masing. Tak perlu nak tunjuk kat facebook mahupun blog mahupun tumblr atau apa sahaja lah medium mengenai kesweetan korang tuh.

Tak semua suka, dan tak semua tak suka. Macam aku, 50-50. Ada couple nih, upload je gambar-gambar mereka kat facebook. Tapi aku tak rimas nak tengok sebab kalau tengok dorang komen-komen sama sendiri pun, taklah sayang honey apa semua tu. Guna aku kau kot. Serius cool. Aku memang suka pasangan ni, dan aku harap sangat-sangat jodoh dorang berpanjangan.

Ada certain tu pulak. Gambar yang dorang upload tu, biasa-biasa aje. Takde lah ekstrem sangat sampai berpegang tangan apa semua tu. Tapi aku jadi serabut dan naik mual bila baca komen dorang. sayang, bi, baby. adodoi. Tak perlulah nak show kat facebook apa semua tuh. Biarlah antara korang berdua kan. Serius aku geli tau. Kalaulah ditakdirkan one day, korang clash. Tak segan ke bila baca semula komen-komen tu?

Ada pula yang perempuan ni, sikit-sikit upload gambar profile baru dia kat facebook. Okeh, fine. kau punya facebook, ikut suka kau lah nak upload sejuta kali pun kan. tapi.. asal setiap kali kau upload, mesti kau tag si buah hati kau kat gambar kau tuh. errrr. nak kata sweetlah ni? aku tak tahulah macam mana perasaan si lelaki tuh, suka ke, rimas ke.. aku tak tahu. tapi aku rasa, lelaki tak suka kot. tak semualah. ade segelintir okeh je kot, ada segelintir lagi tak suka sebab bagi dorang mende-mende ni privasi. KOT lah heh. aku bukan lelaki pun.

Satu lagi, yang aku perasan pasal couple nih kat facebook. si awek yang selalunya nampak macam lebih-lebih atau terhegeh-hegeh ( maaf kalau kasar ) dalam suatu perhubungan itu. Jarang aku tengok si pakwe conteng kat wall awek dia tulis i love youuu. yang selalunya, si awek lah. sikit-sikit.. :

"I MISS YOU BI"
"RINDU SAYANG"
"I LOVE YOU"
"SAYANG BI KETAT KETAT TAU"
"aLorH Bi niH, titEw cAyAng bI shANgAt shAnGAt tAww.."
"mmuaxxxx. nite honey. "
"axsal bi tak angkat phone tadi? :( "

euwww. kot ye pun, sebagai perempuan, janganlah tunjuk sangat yang kau tu terhegeh-hegeh sangat kat dia. lelaki ni.. bukan kita bole percaya seratus peratus pun tau. silap hari bulan, dia jumpa someone yang lagi better daripada kau, dia dump kau terus je macam tu. nak ke?

akhir kata, buat pasangan-pasangan yang sedang bercinta di luar sana, aku harap jodoh korang insyaAllah kekal sampai ke jenjang pelamin. tapi kalau dah terputus kat tengah jalan tu, just move on okeh. ada yang cakap jodoh kita memang dah tertulis di luh mahfuz. ada pulak yang cakap, jodoh kita tu atas usaha kita sendirikan. untuk aku, aku lebih percaya yang jodoh kita tu, atas usaha kita sendiri. kalau kau nak tunggu jodoh datang bergolek je, memang sampai bila lah tak kahwin kan. tak salah pun kalau kita berusaha sikit, jangan peduli pepatah perigi cari timba apa semua tuh. memang, aku tak nafikan kalau perempuan yang mencari lelaki nampak macam kurang manis, tapi macam aku tulis atas-atas tu, takkan kau nak tunggu jodoh datang bergolek je kan? berusahalah. bila kita dah berusaha, kita berdoa. dan sesudah kita berdoa, kita tawakal. Allah itu Maha Penyayang. Allah itu Adil. dan dia sangat-sangat mengetahui apa yang terbaik buat kita. bersangka baiklah terhadap Allah wahai pembaca sekalian.


Sekian,
selamat berpuasa semua.

Wednesday, 27 July 2011

one happy family

Assalamualaikum,


haha. lawak lah. memang macam lukisan budak 3 tahun kan? hee.. ni aku lukis sendiri yaww. guna paint. sakit jari den nak control pencil tuh tau. T.T

okeh. ekceli. untuk entry ini bertemakan sedikit pasal hubungan kekeluargaan. semua orang ada family kan. ada ibu, ayah, adik, abang, kakak, makcik, pakcik, sepupu, datuk, nenek, etc etc. tapi, berapa ramai dalam kalangan kita yang pernah menzahirkan rasa sayang kita tu kat family sendiri.. aku rasa berapa kerat je kot. dan ofkos la kan, aku tak termasuk dalam berapa kerat tuh. hehe.

aku sayang ibu dan ayah aku. tapi aku tak pernah nak tunjuk melalui kata-kata atau perbuatan atau sebagainya. apa yang pasti, setiap kali aku lepas solat, aku memang tak pernah lupa untuk mendoakan mereka.

depan mereka, memang aku buat keras. keraskan hati. time hari ibu, mahupun bapa, jarang aku nak ucapkan kepada mereka. sebab apa? sebab aku malu. aku malu nak cakap aku sayang mereka secara depan-depan. entah lah kenapa macam tuh. degil kot? eheh.

sama juga macam masa birthday mereka. jarang aku nak wish. sebab, apa yang aku lagi suka, aku lagi suka bagi mereka doa. kan doa itu lagi bagus. *senyum.

takpe lah. tu cara aku nak tunjuk aku sayang mereka. setiap orangkan lain-lain cara. apa-apa pun cara anda, sayangilah dan hargailah mereka sementara nyawa kita masih di badan.

Friday, 22 July 2011

from 7 to 12 years old ... # part 1

Assalamualaikum.

haiyaa! pekabar? sihat? bagus-bagus. da makan? kenapa tak lagi? aku makan dah tadi.. mee goreng dengan milo shake. sedap wooo.. woot woot..

for dis entry, i want to share something, more or less lah, about my old days at school. to be exact, during primary school. teheee. macam tak konpiden pulak nak berspeaking. T.T

zaman persekolahan budak-budak zaman sekarang, aku tak tahulah sama ke tak macam time aku dulu. yelah, kan zaman makin maju, mestilah banyak perubahan teknologikan. aku darjah satu dulu pun, tak tahu tau henfon tu wujud. tapi budak zaman sekarang? perghh. ipong terus. aku yang umur 19 ni jugak still rasa noob.

kalau dulu-dulu, mesti ada salesman datang buat jualan buku kat sekolah. macam-macam jenis lah. ada buku latihan, buku cerita. kalau dorang jual buku cerita pun, mesti yang cerita bermoral tu semua lah. takdenye nak jual buku pelik-pelik nih. aku ingat lagi dulu, aku suka baca satu komik ni tau. tapi aku tak ingatlah tajuk dia.. dia cerita pasal cikgu ape tah, dengan anak murid-murid dia. cikgu halimah (?) errr. tak sure. aku dah google, tapi macam tak berhasil je. =.=

haaa. dan yang salesman ni pun, bila dia da promote buku dia, mesti dia pesan suruh kita datang beli kat kantin lepas habis waktu sekolahkan. tapi aku tak ingatlah aku pernah ke tak beli buku latihan bila jual-jual macam tu, kalau komik tu ye. aku pernah buat koleksi dulu. tapi mak aku dah buanglah.

lepas tu, bila time pendidikan seni. ahaa.. cikgu mesti selalu cakap " murid-murid, tema lukisan hari ni, bebas. ikut awaklah nak lukis apa-apa pun. dah siap hantar kat cikgu heh. "
see .. salah satu sebab kenapa sampai sekarang aku sangat noob bila bab lukis-lukis. asal time seni je, bebas. asal time seni je, bebas. bila dah bebas, tendency untuk lukis mende yang sama, mesti tinggi. woot woot.

salah satu jenis lukisan tipikal yang akan dilukis oleh kteorang, (termasuk aku) , lukisan yang ada gambar gunung. kalau lukis dua lekuk gunung atas lukisan. kat celah lekuk tu, mesti ada gambar matahari terbit. tak celah situ, matahari mesti lukis kat bahagian belah atas. lepas tu, kat kaki pergunungan mesti ada rumah kayukan kat tengah-tengah sawah. nak tambah kreatif sikit, lukis lagi kat langit burung-burung berterbangan. nak tambah kreatif lagiii.. lukis orang-orang. haa. tipikal kan. aku yakin, semua orang mesti selalu lukis macam tu. biasalah. minda budak 7 tahun kan. haha

bila time pendidikan muzik pulak. lagilah best. boleh nyanyi macam-macam lagu. main alat muzik. rekorder apa semua tu. tapi tu lah. aku tak ingat dah lah. tapikan, kan bagus kalau kecik kecik dulu parent aku dah hantar aku masuk kelas piano. aku bosan-bosan kat rumah, boleh gak main mende alah tu kan. then, nanti bila aku kahwin, bolelah aku mainkan lagu jiwang-jiwang kat hubby aku. amacam, sweet kan? *jangan muntah.

bab kantin sekolah pulak. ermm. masa aku kecik dulu, aku agak fragile sikit. perut aku tak kuat. aku makan mende yang sikit lagi nak basi tapi tak basi lagilah, dah boleh buat aku demam, muntah-muntah apa semua tuh. cikgu sekolah aku pernah suruh aku habiskan sepinggan mi goreng, makanan baki untuk budak RMT yang tak habis. oh, maksud aku baki tu, bukan sisa dorang yang tak habislah. bila aku rasa mi tu, okeh je. takde la bau masam pun kan. tapi dah malam tu, bermulalah segala penyeksaan batinku. haha. kau bayanglah, muntah, pening, demam dekat budak kecik umur 8/9 tahun. tak kesian ke wehh?  *tapi susu rmt sedap lah. kalau ada member aku dapat extra dua, mesti aku try kecek mintak sekotak air tuh. HAHA




* bersambung. dah takde idea.
   nanti aku dah tau tajuk komik tu, aku tulis kat part 2.
   peace. :)

Wednesday, 20 July 2011

Antara milo ais dan milo suamm (?)

Assalamualaikum.


Lately, banyak sangat mende nak kena settle before masuk u nih. medical check up lah, sijil matrik lah, sijil muet lah, sijil spm lah, sijil kelahiran lah.. adodoi. memang banyakkkkkk mende nak kena settle.


Pasal duit pulak. Aku tengah giat nak cari sponsor untuk aku sambung belajar nanti. Still waiting for jpa to open. dapat tak dapat lain cerita. kalau ada rezeki aku, adalah kan. aku pun ada apply yayasan bank rakyat gak. Dan satu lagi, aku layak nak pohon biasiswa akademi tenaga pengajar IPTA sebab course yang aku dapat ni, pure subject untuk subject science. Macam aku. Biology. Ada jugak lagi yang lain, macam kimia, fizik. Aku pun harap sangatlah sangkut kat aku biasiswa nih. At least, kalau dah dapat, memang sah-sah lah aku jadi lecturer nanti kan mana-mana ipta.. cewahh. PTPTN pulak, back up sumber kewangan aku yang terakhir. faham-faham sendirilah sebab apa..


Dah dah. aku sebenarnya nak ulas sikit pasal kemasukan aku kat uitm nih. agak berbelah bahagi sangat sebenarnya. Aku lagi prefer ukm, tapi at the end, uitm jugak sangkut dengan aku. T.T
Oh ya, aku mintak jugak uitm ni.. second choice.. first choice aku mestilah kat ukm kan. hee. tapi aku tak mintak course ni lah, aku mintak course lain. *memang salah strategi.

Dan.. kenapa aku buat tajuk entry aku pasal milo pulak? nampak macam takde kena mengenakan. pftttt.
Ekceli, milo is one of my feveret drink. i love milo tabur very very much tauu. but, just like he said, "tengok tangan ah yang buat milo tu." hell yeahh, his rite.. ada je yang buat manis sangat, kalau tak manis, tawar hebe pulak, da la tawar tuh, kedekut letak ais.  haishh. pendek kata, aku memang cerewet bab air milo nih.

So, ukm dan uitm nih, ibarat milo lah bagi aku. ukm milo ais, uitm milo suam. dua-dua aku suka, tapi mestilah aku lagi prefer milo aiskan (ukm). haaa.. tapi, kan Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk aku. Sebab tu dia bagi aku dapat milo suam. kalau asyik minum menda berais je.. tak elok jugak kan untuk kesihatan.. See?  nampak tak point aku di situ?

kalau nampak baguslah. aku pun da malas nak elaborate panjang-panjang.

okey lah.
see you guys next time.
ececeh :D

Tuesday, 19 July 2011

short update

Assalamualaikum


lame dah tak update blog..
yela, agak bizi la jugak sekarang..

ahh, btw..
aku dpt uitm shah alam
kolej melati
sains biologi.
hee..

ok lah.
bye. :)

Sunday, 10 July 2011

sebagai rakyat Malaysia

Assalamualaikum.

perhatian kepada semua rakyat Malaysia. kalau ada siapa-siapa yang baca blog aku nih, aku harap kau luangkan masa sekejap. ceyceycey

aku cuma nak beritahu apa yang aku rasa sebagai rakyat Malaysia.
aku tak nak negara aku kucar kacir.  :(
aku sedih bila baca blog, tengok dalam surat khabar pasal perhimpunan bersih nih. tengok semua-semua gambar.
aku faham kenapa tujuan perhimpunan bersih nih. aku faham.
dan aku faham tak bermakna aku setuju.
tak bermakna aku tak setuju dengan bersih, aku sokong kerajaan.

melihat pada situasi sekarang, aku rasa pilihanraya akan datang besar kemungkinan, kerajaan sedia ada sekarang mungkin akan tumbang.
dan aku tak pasti bagaimana dengan nasib Malaysia sekiranya ditadbir oleh pihak pembangkang.
aku tak pasti dan aku tak tahu.
dan aku tak pasti juga kalau kerajaan sedia ada masih lagi berkuasa,
adakah pelbagai perkara seperti yang dituntut oleh rakyat akan dilaksanakan?
aku tak pasti.

yang aku tahu, apa yang aku mahu sekarang.
tukarlah para pemimpin daripada kedua-dua belah pihak parti.
aku mahu semua pemimpin ditukar,
aku mahu orang baru, muka baru,
mereka yang bebas dari rasuah, politik wang, bagi fatwa mengarut, video seks, cakap tak serupa bikin
aku mahu para pemimpin yang bukan saja tahu pungpangpungpang aja.
aku nak mereka buat jugak seperti yang mereka katakan.

dan, bila semua pemimpin dah ditukar,
aku nak masing-masing
buktikan betapa mereka ikhlas untuk menjadi pemimpin.
dan bila mereka sudah buktikan mereka ini sangat bernilai untuk dijadikan pemimpin.
barulah aku akan sokong mereka semua,
tak kisah lah parti biru, parti hijau, parti merah.
apa-apa sahaja lah.


sekian.

Friday, 8 July 2011

kids are fun... but..

Assalamualaikum



Baby Mason. auww auww
comelkan beliau nih.. haishhh. geram aku tengok. nak anak macam ni.. boleh?

heheh. okeh. untuk entry yang ni, aku nak share sikit opinion aku lah pasal kanak-kanak nih.
bila aku tulis kanak-kanak nih, aku tak maksudkan mason, tapi aku maksudkan semualah budak-budak kecik yang kecik lagi suci tuh. yeahh.

bila time cuti ni, memang ada banyaklah offer untuk kerja kat taska apa semua tu kan. contoh macam area kat rumah aku. tengah cari pekerja untuk taska dorang gak. taska mak member aku pun tengah cari pekerja jugak. mak aku pun ada tanya aku, tak nak try ke kerja situkan. tapi tu lah.. kids are fun.. but...

aku memang tak reti sangat lah nak handle budak-budak nih. in fact, aku tak tahu macam mana nak layan dorang. maksud aku, aku tak tahu macam mana nak buat fikiran aku jadi sama level macam dorang supaya aku boleh layan dorang dengan baik, lemah lembut serta layan karenah dorang. kalau budak tu dah pandai cakap, petah, banyak mulut, memang boleh aku nak layanlah sebab at least, bila budak tu ada cakap mende pelik-pelik,adalah jugak effort aku nak layan dorangkan.. *sebab dorang yang start dulu. heee..

aku kagum jugak tau kat member aku yang suka budak-budak nih. yelah, dah la pandai layan budak-budak kan.. siapa tak suka? haa.. aku bukan tak suka budak-budak langsung, tapi aku lebih kepada takut lah. haha. aku takut gila nak dukung baby yang baru lahir sebab dia masih lembik nyot nyot lagi, leher pun tak kuat lagi, tulang baby tu pun aku rasa aku bole patahkan tanpa perlu guna tenaga yang banyak. =.="'

see. bahaya tak bahaya aku nih sampai boleh fikir macam tu. haha. maybe naluri keibuan aku tak datang habis lagi kot. kalau dulu, aku lagilah cold gila bila tengok budak-budak. memang malas nak layanlah. kalau compare dengan sekarang, okey banyaklah banding macam zaman muda mudi dulu.




comelnye lah awak nihh.. =.=
dan. kids, kalau mood dorang tengah ceria memang lah seronok nak layankan. aku suka dengar budak-budak gelak. sangat pure. macam bagi ketenangan lah. kecuali
kalau tiba-tiba aku dengar ketawa budak kecik malam-malam, memang dah takde pure da gelak tuh. terus aku baca ayat qursi banyak-banyak. T___T

pernah tak time kau pegang budak kecik depan family kau, pastu tiba-tiba dia melalak macam nih.


mama, saya nampak hantuuuuuu
haaa... apa kau nak buat? hishhh. aku dah pernah kena. aku nak bagi kat mak dia, tapi mak dia kering suruh aku pujuk. pfttt. cuak aku. haha. puas aku tepuk-tepuk, lagilah dia tak diam.aku jalan ke hulu ke hilir, pun tak nak diam jugak. time tu ada jugak rasa nak campak kat luar budak nih. haha. kejam nye akuuu.

last-last aku keluar dari rumah tu, bawak dia jalan-jalan. tengok pokok, tengok ayam, tengok kereta. 
baru dia senyap wehh.
aku syak dalam rumah tu ade banyak setan muka pelik-pelik lah. 

mama, camne nak bukak game nihhh
satu lagi. budak zaman sekarang sangatlah celik IT. kecik-kecik parent dorang dah ajar main ps, angry bird, mende mende pelik tu lah. senang cite, dorang ni advance. sangat advance. umur tak sampai setahun dah pandai bukak laptop sendiri naa. aku umur setahun dulu, laptop pun tak wujud lagi tau. apatah lagi henfon. kalau ada henfon pun, yang jenis bentuk kotak tuh. takdenye macam iphone nih. nan hadoo.

aku pun tak faham. rasa macam lari je mende yang aku nak tulis dengan tajuk entry nih. kan?

apa-apa pun, kids memang sangat fun. cuma aku je la kot ada skru longgar kat mana-mana. takpe lah. aku baru 19. nanti umur 21 naluri keibuan aku mesti dah membuak-buaknya lah. yelah. mende ni kan natural. kalau umur aku 21 masih lagi cold dengan budak-budak memang ada something wrong lah tuh. maybe aku dah patut start jumpa therapist kot time tuh. 

so, kau rasa orang yang suka kanak-kanak ni mampu jadi ibubapa yang terbaik tak? aku rasa.. 
tak semua mampu jadi ibubapa yang terbaik. aku tak cakap semua orang tau, maybe segelintir sahaja. 
yelah, tak semestinya suka budak-budak dia dah mampu untuk jadi ibu yang penyayang. dah tu, orang yang cold macam aku ni tak sayang anak sendiri lah?

yeahh. bole nampak point aku kat sini? tak nampak? okey, fine. maksud aku, budak-budak yang dorang sayang tu, mestilah anak orang lain kan. dia senanglah nak suka sebab time dia jumpa budak tu, budak tu dah besar dalam umur 2, 3 tahun camtu. macam mana pula dengan parent budak tu? especially her/his mum? mak dia sendiri yang jerih rasa mengandungkan dia 9 bulan, dengan nak kena jaga anak-anak yang lain lagi, nak kemas rumah, memasak, dapat pula suami yang buat dia nih macam stok kilang anak. 

maka, maksud aku di sini ialah, semua orang kena rasa dulu pengalaman hidup berumah tangga, jadi isteri yang mengandung, melahirkan, dan menyusukan anak dia sendiri. kalau dulu kau terkenal dengan sangat sukakan budak-budak, manalah tahu nanti, lepas kau dah jadi ibu betul-betul baru tau rasa peritnya untuk menjadi seorang ibu, tambahan lagi kalau kau dah ada 3 anak time tuh. bukan aku nak cakap kau tak sayang anak, maksud aku, mungkin kau tak dapat nak layan anak sendiri sama macam kau layan anak orang lain time muda-muda dulu. faham?



p/s : gambar semua dari google. :)




Thursday, 7 July 2011

Diari #1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ampunkan aku kerana tidak pernah jadi hambaMu yang bersyukur.
Ampunkan aku kerana terlalu meminta-minta.
Ampunkan aku kerana terlalu tamak.

Sesungguhnya, sudah terlalu banyak kurniaanMu kepadaku..
ampunkan lah aku ya Allah..
untuk kali ini, aku harap sangat dapat course yang aku nak,
dan dapat sambung belajar kat universiti yang tu..

InsyaAllah..

Wednesday, 6 July 2011

mama

Assalamualaikum,

sedihlah. takut jugak sebenarnya..
risau dengan kesihatan mama.. :(
mama ada gastrik, asal dia lambat makan sikit, mesti dia sakit. =.=

tak suka tengok mama tak sihat macam ni..
mama, cepatlah sihat ye..
jangan skip makan tau..
kalau nak kurus pun, nasi jangan tinggal..
kena jugak makan nasi tu sikit time lunch and dinner..
jangan bagi perut kosong..
jangan nak diet sangat la heh..
mama da la ada gastrik..

ada siapa-siapa nak sponsor tak?

Assalamualaikum.

Source: Google

menyesal aku tak beli terus spesis blackberry nih masa nak tukar fon dulu =.=
terfikir juga nak jual fon yang baru beli ni.
tapi kan. sayanglah.
ishhh.

aku dah survey harga blackberry kat area tempat aku tinggal, semua harga perghhh. boleh beli tiket pergi balik bandung naik air asia. T_T
aku pun survey jugak harga mende alah ni kat area downtown kl. 
lagilah...

lagilah boleh dapat murah..

see.. memang kalau nak beli fon, baik turun beli sanalah..
tapi, bila tu aku nak turun pi sana?

lambat lagi kot..  =.="

ada siapa-siapa nak tolong beli untuk aku tak?
nanti aku belanja makan kat black canyon dengan tutti frutti heh.

Tuesday, 5 July 2011

perempuan mencarut

Assalamualaikum

Source: Google

hari tu aku ada baca blog member perempuan aku. entry dia berkisar tentang perempuan yang mencarut.
pernah jumpa perempuan mencarut?

aku selalu je jumpa. tapi, aku tak lah nak pandang serong kat mereka pun.
memanglah sangat tidak manis kalau seorang perempuan itu mencarut. memang lari sangatlah kan daripada salah satu ciri-ciri yang ada pada setiap wanita iaitu pemalu. kalau lelaki mencarut tu, memang biasa sangatlah kan.

ada segelintir kaum perempuan mencarut bila dorang dalam keadaan marah.
ada pula yang saja-saja gatal nak nampak cool sebut ayat-ayat tertentu.
ada pula mencarut sebab tu dah jadi trend. =.=

antara contoh ayat mencarut yang member aku tulis dalam tu, seperti bullshit, babi, damn it, shit dll.
okeh, aku admit. aku pun selalu guna ayat damn it dengan shit tu time time tertentukan. hehe.
aku tak tahulah aku nampak masam ke tawar bila guna shit dengan damn it tu. mostly ayat tu terkeluar dari mulut aku bila aku tengah drive, or memang bengang sangatlah kat siapa-siapa yang buat aku bengangkan.

cuma, kat sini aku muskil sikitlah. kalau perempuan selalu cakap bodoh tu macam mana?
tak di kira mencarut juga ke? member aku yang ni cakap tak suka perempuan mencarut, tapi dia selalu je cakap bodoh. takde la selalu, tapi ada la juga dia cakap macam tu...

aku pun kadang kena jugak 'carutan' bodoh tu daripada dia.. hahaha..
gasak lah!
kau manusia, dah besar pandai-pandai lah fikir.
pandai-pandailah beza yang mana baik, yang mana buruk.

aku tengok kat facebook pun, junior aku yang perempuan pun selalu aje tulis kat komen, 'babilah kau!' 'semak natang nih' 'bodoh sial' 'macam fuck je kan'

umphhhh. budak baru nak up. biasalah.

bajet cool konon budak kl kot kalau dia tulis macam tu.

ke tidak?

Friday, 1 July 2011

blablabla

Assalamualaikum.

Aku suka baca blog orang lain. Tadi aku ada baca satu blog ni, bagi aku menarik sebab lain dari yang lain.
Dan, dia ada post satu entry pasal stage-stage yang pasangan bercinta akan alami.
Alah, yang ada pasal video tuh.
ada stage overhill, meeting, comfortable, chasing dll.

Okeh, aku tulis tak ikut turutan tau.

Dan, kebanyakan entry yang dia tulis, buat aku banyak berfikir.
Semua pasal love.

Aku tahu, aku masih muda lagi nak fikir pasal benda ni.
Tapi, aku rasa, its normal lah kan untuk semua orang rasa perasaan ni.
semua orang nak menyayangi dan disayangi.

So do i.

Tapi,

aku dah berjumpa dengan orang yang betul ke?



sejak aku kecewa dengan dia, aku dah tutup pintu hati aku rapat-rapat.
sebab aku rasa aku tak kuat kalau nak kena handle lagi kekecewaan sebab lelaki nih.
aku tak suka rasa sedih tu tau.
aku benci.
aku rimas.

tapi,
aku dah terbuka hati aku kat seseorang, about a year before. aku tak tahu macam mana aku bole start suka dia.
dan, bila dah start suka ni, kena pandai-pandailah bawa diri.
nasib lah kalau hati kau terluka balik kan.
berani buat, berani tanggunglah.


haihhh.

gasak lahhh.

Wednesday, 29 June 2011

Bersih 2.0

Assalamualaikum.

Tadi aku buka facebook la kan.
lepas tu baru perasan ada dapat invitation event tu hah,
tapi ni bukan sebarang event, event pergi membersih apa yang patut dibersih tu.

Tapi aku lagi tertarik nak baca kat ruangan komen. ada yang setuju, ada yang tak. biasalah kan.
Dalam banyak-banyak komen tu,
paling nak menangis sekali ada sorang minah ni, aku tak pastilah dia ni student kolej or sekolah ke apa, tapi tengok muka macam tak matured sangat lagi.

kau tau dia cakap apa?
dia cakap, salah ke perhimpunan bersih ni diadakan? bukan ke tujuan dia untuk mempertahankan agama Islam?

Errrr.. nangis aku tengok ada melayu macam ni.
Hello, cik adik. tahu tak siapa yang cadang nak buat perhimpunan itu?
Datuk Ambiga okeh.. ambiga..
kau tahu tak ambiga ni siapa? kau tahu tak apa yang ambiga pernah buat??
kalau kau tahu, konfem kau tak kan cakap perhimpunan bersih tujuan dia untuk mempertahankan Islam.

memang mati hidup semula lah ambiga nak buat camtu wehhhh..

takde akal punya meLAYU !

next time, nak komen pun make sure dalam kepala benak kau ada isi.
pastikan pendapat yang kau nak tulis berdasarkan fakta, bukan setakat auta main redah je.
tengok orang lain nak join bagi pendapat, kau pun nak ikut sekali lah??
buat malu je cik adik oittt..


haktuihhhh.


p/s : semua orang ada hak untuk bersuara. Entry aku tulis ni, bukan nak kutuk or join bersih ke apa, cuma... point aku kat sini, kalau kau nak bagi pendapat pun, at least biarlah ada isi. jangan main redah je nak tulis apa-apa pun.
Dan, bila aku cakap tahu tak ambiga tu ada buat apa, maaflah kalau nampak bias. dah memang macam tu hakikatnya.
Okeh,
Peace! :)

Tuesday, 28 June 2011

#8

Assalamualaikum.


Heartache.

urgghhhhh.

menyampah betul. kalau kau dah involve bab bab perasaan dengan seorang insan bergelar lelaki nih, ni lah risiko dia.

HEARTACHE!!!!!

menyampah aku kat kau.
semalam punyalah semangat aku offline fon manalah tahu kot kau nak hantar meseg kat aku ke kan.
sekali aku dah online.
habuk pun tarakkkkkk.
ingat kalau dia ada hantar, since aku offline, bolehlah konon reply lambatkan.
tulah niat aku sebenar.
tapi malangnya, bukan tu pun yang terjadi.
T________T


Fine, hari ini, aku off terus fon.
tak nak dah buka sampai midnite.

agak agak, berjaya ke tak strategi aku nih??


haha

Sunday, 26 June 2011

Assalamualaikum.

lately. dalam diri aku ni, macam banyak ada konflik dalaman. aku cakap macam banyak ye.dan masih tak dapat dipastikan lagi konflik dalaman itu berpunca daripada diri aku yang betul betul bermasalah atau hanyalah hasutan syaitan.

dan. bukan perihal masalah aku ingin ditulis di sini. aku hanya mahu menulis tentang kisah hidup aku. kita spesifik lagi. kisah cinta aku. * euww euww la plak

kalau ikutkan, aku bukanlah seorang insan yang sudah lama hidup kat muka bumi ni sampai boleh kata kisah cinta aku macam macam jenis. aku cuma boleh kata, yang kisah cinta aku ada up and down dia sendiri. mungkin sama dengan orang lain, atau mungkin tidak sama sekali.

aku mula rasa suka kat seseorang tu, masa aku darjah 6 dekat seorang lelaki ni. aku pun tak tahulah faktor apa yang bole buat aku suka kat dia, tapi seriously, masa aku ternampak dia baru baru ini, selepas hampir 7 tahun tak berjumpa, hell yeahh, aku tak kan suka kat orang macam tu. T__T

masa aku form 1, aku tak pandai sangat bab bab bergaya sakan ini. pakai tudung pun bentuk tudung boleh jadi bentuk petak kat part muka. HAHA. kelakar gila doh tengok muka sendiri time muda mudi dulu. bila aku cakap aku tak reti sangat dress up, memang ya sangat. pergi bandar pun pakai seluar trek. tapi.. time tu, apa aku kisah orang tengok aku hodoh pun. biasalah kan, budak-budak lagi.. heee

tapi... walaupun pakaian aku kat luar dan tudung yang aku pakai kat sekolah nan hadooo je belaka, aku still boleh dapat  peminat. weird kan. aku pun tak tahu apa yang dia pandang kat aku. dengan muka pun setaraf je kot dengan ugly betty, (tapi aku lagi okeh la), jalan pun macam zirafah, muka pun jarang senyum, still ada orang suka kat aku? giloooss. dia ada hantar surat cinta, tapi tu lah. aku tak pernah nak percaya sebab aku rasa ada orang buat prank kat aku. saje nak bagi aku syok sendiriii. yelah kan, time umur belasan tahun ni seorang budak perempuan tu baru nak up kan. tapi aku rasa aku bukan baru nak up pun. macam ada orang nak tolak aku jatuh jatuh gaung tu adalah. uhuk uhuk.

okeh. aku malas nak taip panjang-panjang. biar aku skip masa aku form 2 dulu. time ni, pakaian aku dah tak macam dulu dah. akak akak senior ajar aku macam mana nak bergaya dah sekarang ni.. hahaha
aku ada suka kat seorang mamat ni, dia tua setahun dari aku lah. senang cerita aku ni macam secret admirer dia lah. selalu pandang dia dari jauh. time makan, mata aku mesti selalu melilau nak cari dia kot-kotlah dia ada jugak ke time tu kan, lepas tu, kalau sekolah aku ada buat friendly bola sepak dengan team sekolah lain, aku mesti selalu join duduk tepi padang dengan member-member aku yang lain, kononlah nak tengok bola tu. padahal mata aku fokus kat dia je, bukan fokus kat bola sebijik tu pun. haha

masa dia form 4, dan aku form 3 lah maknanyakan, dia dapat tawaran untuk belajar kat sekolah berasrama penuh di X . memang jauh sangatlah sekolah tu dari negeri aku ni kan. aku punya rasa time tu. macam loser je beb. semangat nangis kot, hahaha. noob gila. malu rasa bila fikir semula.. kakak angkat aku tahu aku suka dia, dan dia ada bagi nombor fon lelaki tu kat aku. dan aku pun start lah kacau dia kan. mula- mula aku misscall dia je. sekali dia balas balik misscall aku tuh. pergggghhh, eksaited gile aku. siap sengih sorang sorang lagi tengok no. dia kat skrin fon aku. haha.. macam hape jee. =.=

lepas dia dah pindah tu, aku teruskan je lah hidup aku macam biasakan. bukan dia suami aku pun. haha.. tapi, aku tak lah desperate sangat nak cari pengganti dia supaya aku dapat gedik gedik nak secret admirer kan. sebab, dengan status aku sebagai seorang pelajar, aku pernah rasakan yang golongan lelaki bergelar teman istimewa sangat menyusahkan hidup. aku tengok kawan aku sendiri yang ada pakwe, life dorang macam tak teratur sikit sampai boleh ganggu pelajaran dorang. well, aku rasa benda ni depend pada diri sendirilah. kalau kau pilih untuk jadikan dia sebagai sumber inspirasi, tak mustahil pelajaran kau akan terganggu jugak kan.

macam ada sorang kawan matrik aku dulu. dekat 3 tahun lah dia couple, tapi aku tengok, pelajaran dia tak terganggu pun. cemerlang gemilang terbilang tu adalah. dua dua sem dia dapat 4 rata. ambik kau.. kencang tak kencang kan..


p/s : aku cakap nak tulis pasal kisah aku kan? apsal rasa macam lari topik je.... 

Saturday, 25 June 2011

si pendiam dan si sombong #5

Assalamualaikum

yahhh. kenapa si pendiam dan si sombong?
okeh, untuk kali ini, aku nak share sikit sikit tips macam mana nak kenal si pendiam dan si sombong.
yelah, manusia zaman sekarang kan, sekali orang tu kau nampak senyap senyap je, nak nak lagi muka pula jenis masam serius camtu, teruslah kau label dia sombong ye..
amboi... banyak cantik ketiak kau ! T__T

okey, kite straight to the point terus.
kalau kau nampak seorang insan ni, muka ala ala bajet dan kerek sikit, mesti dalam hati terus berkata kata ayat nista kan. Well, yeah. aku tahu sebab aku pun macam tu juga dulu.
dan.. pernah tak kita berfikir sejenak.. andai katalah muka kita pun macam tu, ala ala bajet gitu. sedangkan perangai kita sangatlah tak lah macam tu.. agak agak, rasa, kecil hati tak bila tahu ada orang judge kita macam tu ?

mestilah terasa kan..

sama juga dalam kes ini. sekali kau semua sudah menbuat penilaian awal yang sedemikian rupa, secara tak langsung, turut akan menjejaskan kita punya rasa or feeling kat dia. okeh, maksud aku sekarang ni bukan feeling cinta suka apa semua tu ye.. maksud aku.. sekali kau dah macam set mind dia ni sombong @ bajet, secara tak langsung, hati kau akan dibutakan untuk mengenali dia, untuk sedar akan sisi kebaikan seseorang tu. dan, apabila hati kau dah dibutakan untuk melihat sisi kebaikan seseorang itu, kau hanya akan nampak keburukan atau kelemahan dia aja.. kan..

aku tahulah, sebab aku pernah kena.

kawan kawan aku, ambil masa yang agak lama juga untuk terima aku sebagai kawan mereka, susah dan senang. pada awal perkenalan dulu, mereka semua agak tidak serasi dengan aku. tambah lagi pula, aku jenis pendiam macam tu, cuba pula nak masuk kepala dengan insan insan yang happy go lucky, laugh laugh laugh, memang payah la kan.
dan, setiap kali ada masa lapang di hostel tanpa perlu membuat kerja sekolah atau study atau apa, mereka sering menggunakan masa terluang mereka itu, menjadikan aku sebagai salah satu subjek untuk mereka bincangkan. *mengumpat.




biasalah, manusiakan. aku tak kata aku baik sebab jadi mangsa umpatan apa semua ni. aku cuma nak share aje pengalaman hidup aku. buat renungan di masa tua kelak. ----
lepas dah bertahun-tahun berkawan dengan mereka, Alhamdullilah. akhirnya mereka sudah tidak lagi memandang aku sebagai si sombong. sebaliknya sebagai si pendiam. kenapa? sebab mereka dah berjaya nak bezakan, mana si sombong, mana si pendiam. *macam noob pulak ayat aku ni. =.=

teramatlah senang untuk mengenal si sombong sebenarnya. Once kau da tegur dia, tapi dia jawab sepatah sepatah je, dan tak berusaha langsung dalam perbualan tersebut, kau tak boleh kategori dia sebagai sombong lagi. Sebab? mungkin dia jenis yang ada masalah untuk berkomunikasi atau tidak mempunyai kemahiran sosial yang bagus atau tengah ada masalah time tu, tapi kau pulak sibuk sangat nak beramah mesra dengan dia. so, kenapa aku cakap senang je nak kenal si sombong? bila orang yang kau tegur tu jawab sepatah patah, dan dia jawab sambil tersenyum, dan pada masa yang sama, cuba juga untuk menjayakan komunikasi tersebut maka dia bukanlah dalam kategori sombong ye, walaupun pada hakikatnya, hanya lepas 10-15 minit lepas terdiam lama bercakap dengan kau, baru dia tanya soalan semula. tu.. maybe takde idea.

mereka yang sombong, kebanyakannya merasakan diri mereka tak layak bercakap dengan kau. mungkin figura kau ketika itu sangat selekeh, dan dia pula pakai baju butik mahal mahal, jadi sudah nampak di situ ada jurang antara dua darjat antara kau berdua. dan lagi pula, sekali dia sudah berkata-kata bercakap betapa gahnya dia memakai beg gucci dibeli di london, atau pun, memakai skirt zara yang dibeli pada harga ratusan ringgit kerana special edition punya, pada awal pertemuan anda berdua...
dan ya. dia positif untuk si bongkak.

sebenarnya, banyak cara untuk kau tahu dia, dia , dia dan dia adalah si pendiam atau si sombong. aku malas nak terang lebih sebab aku tahu, kau semua dah besar. sudah tahu beza antara baik dan buruk.
nasihat aku, pandanglah seseorang dengan mata hati. dan jangan terlalu amalkan untuk memberi first impression untuk insan yang kau baru kenali. (kecuali kau pergi interview, wajib bagilah impression yang baik baik kan .. =.=)


dan, bagi anda si pendiam di luar sana, cubalah usaha sikit untuk kau betulkan tanggapan orang sekeliling kau yang kau bukan sombong, kau cuma pendiam je, lebih suka mendengar pendapat orang dan memberi pendapat sendiri apabila perlu.
satu tips dari aku, kau si pendiam, cubalah belanja sekali sekala kawan kau,big apple, kek coklat atau apa apa jelah kat mereka ke. supaya kawan kau tu bole fikir yang kau bukan sombong, kedekut duit. kau cuma pendiam je. kalau kau sombong, sampai sudah kau tak kan bergaul dengan mereka kan.
InsyaAllah, asalkan niat kita betul, Allah akan membantu kau wahai si pendiam.

Be strong, dan kuatkan hati kau bila dengar tomahan insan insan sekeliling kau.
kerana, itulah dunia, sangat kejam. sehingga kau perlu untuk terus berhati kering dan sentiasa yakin pada yang satu untuk terus menempuhi dunia sementara ini.


Sekian.

Sunday, 12 June 2011

#3

pelik lah aku.

kenapa asal couple je, mesti facebook si pakwe, si awek mesti nak konker.

tak rasa rimas ke? tak rasa ke facebook tu satu privasi?

lain lah kalau kau dah kawin kan.

ni bertunang pun tak.

sampai aku nak komen kat wall ehem ehem ka pun da tak boleh.

ingat ade perempuan lain nak tackle dia lah?

puiii. menyampah lah aku dengan perempuan camni.

over.

Wednesday, 8 June 2011

Tahniah, aku dah tak suka kpop ! #1

Well, hello there.


Entry ini merupakan entry aku yang ke dua dalam blog ni, itupun kalau ambil kira entry pengenalan la kan. he he he.


Dulu, aku pun salah sorang jugak la peminat kpop ni. Tapi... aku TER minat pun sebab ada member aku sibuk promote pasal artis artis korea ni. Maka, aku yang kebosanan duduk kat rumah menjadi penganggur terhormat time tu ( baru lepas SPM ), so aku pun layan la kpop apa semua tu     =.=""


Bila ingat semula, malu pula rasa. memang aku fanatik dok oh sangat la kat mamat muka jambu tu. siap berangan lagi kot muka dorang sebelum tidur.. ohhh.. wat a shame T___T


Aku pernah tak tidur semalaman, semata mata nak menghabiskan cerita boys over flowers tu. 
Aku pernah sekali resah gelisah macam apa duk angau ke Kim Hyun Joon. * dammit!
Aku pernah buka twitter semata mata nak follow dia.. but at the end.. tu fake akaun dia jah...  ceyttt
Aku pernah like kpopnews kat facebook semata mata nak tahu semua pasal ss501, nak nak lagi pasal leader dia.
Aku pernah meleleh air mata bila dengar lagu korea yg mendayu dayu ni even aku sendiri tak faham makna dia.
Aku pernah buat gambar dia jadi gambar profile aku sekejap. +____+
Aku pernah terbayang dia dengan dia berebutkan aku, dan last sekali... dia yang menang. . . . happily ever after... * errr.. serius shit!


Tapi... bila aku da masuk sambung belajar semula, mujurlah dah tak layan sangat kpop ni. Terlalu banyak sangat aku kena fikir dalam otak aku, sampai dah takde masa nak terbayang muka dorang, instead of asyik terbayang muka lecturer aku, esok ada kuiz kimia, Krebs Cycle, trigo, rumah, makanan, tidur, dia.. errr.. siapa dia? *uhukkk


But, since dah hampir 3 bulan aku habis matrik, mujurlah aku tak ter addicted semula kat segala jenis mende yg berkaitan dengan korea ni. aku berjaya menghabiskan masa aku kat rumah, baca semula semuaaaa novel yang ada kt dalam bilik aku ni. * fuhhh


Cuma, aku tengok, ada lah sorang dua member aku ni still lagi fanatik sangat ke kpop ni. asal aku bukak home facebook je, mesti ada dia post video pasal dorang dari youtube, berserta dengan caption,


"OMG OMG, comellllnyeee gikwangg.. rase nak cubit cubit je pipi dye.. "


"EH KORANG. LEE MIN HO SWEETKAN DLM CTER NI... EH EH,, DIA AKU PUNYA TAUU"


"hahahaha, geram aku tengok eunhyuk. nape dia kelakar sangat nihhhhh.. "


" sedihnya tak dapat pergi konsert suju... ;(( "


" ade artis meleis kutuk suju la wehh.. wtf! "


errrr... tak rasa annoying ke? bukannya aku tak bagi dorang ni minat ke kpop apa semua tu.. tapi kalau da fanatik sangat sampai setiap kali aku buka facebook, adaceritapasalpakwekoreadia, sumpah aku menyampah tau.. kot ye pun, jangan la fanatik sangat babe.. bukan dorang bole jadi pakwe kau betul betul pun...


haihhhhh


dan, aku tahu aku tiada hak nak mengutuk mereka. well, setiap orang ada taste masing masing kan. cuma, janganlah terlalu overboard sangat.. orang lain pun layan jugak cerita korea, tapi takde la sampai jadi macam ... ehem ehem. * sila faham sendiri.






p/s : sekarang ramai pulak yang suka cerita nora elena ye. nora elena whoooo? kalau maria elena yg cun tu aku kenal la.. heee...

Kali Pertama?

Well, hello there.


Okeh. This is my first time writing here. So, i don't give a damn ada ke tidak reader blog aku. Yang penting, aku menulis untuk kepuasan.. kot kot tetiba lah ada orang terbaca kat blog aku ni, terima kasih la ye. Tulisan aku tak penting pun, yang mana baik bolehlah kot nak ambil sebagai pengajaran. Tapi, kalau ada yg pelik pelik tu, aku minta maaf la heh. :)